Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rohingya Ucap Terima Kasih...

ETNIK Rohingya di Malaysia telah menyatakan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib...

Tiada Pertukaran Kerusi Parlimen...

GEORGE TOWN - Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengesahkan...

Ahad Turut Dijadikan Hari...

MELAKA - Melaka merancang untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik termasuk pada hari...

Mak Nyah Thailand Kini...

TAHUKAH anda kini 'gender ketiga' atau lebih mudah dikenali dengan panggilan mak nyah di Thailand...

‘Iceman’ Malaysia Dihukum Mati Di Thailand

BANGKOK – Seorang pengedar dadah dari Malaysia digelar ‘Iceman’ dijatuhi hukuman mati hari ini oleh sebuah mahkamah di Thailand selepas disabitkan mengendalikan rangkaian narkotik yang menyalurkan keuntungan besar ke dalam perniagaan sah.

Tertuduh, Tun Hung Seong ditahan April tahun lalu selepas maklumat dia mengupah seorang lelaki menyeludup hampir 300 kilogram crystal meth atau ice menerusi Selatan Thailand bergolak.

Penyiasat percaya, dia bertindak sebagai orang tengah untuk pasaran dadah Malaysia di sempadan dan melaburkan wang menerusi bar karaoke, hotel dan restoran.

Mahkamah di sini mensabitkan Hung Seong, 65, atas kesalahan penyeludupan dadah bersama dua wanita Thailand dan seorang lelaki Taiwan.

Keempat-empat mereka dijatuhi hukuman mati walaupun hukuman lelaki Taiwan dan seorang wanita Thailand dikurangkan kepada penjara seumur hidup berikutan pengakuan ‘berguna’ mereka.


Terletak di sepanjang laluan penyeludupan dadah ‘Segitiga Emas,’ Thailand menyediakan laluan daratan untuk menyeludup meth dari kilang di kawasan negara jiran tanpa undang-undang di Myanmar dan Laos dalan perdagangan dianggarkan bernilai AS$40 bilion (RM163.96 bilion) setahun.

Pihak berkuasa Malaysia pada Mei lalu berkata, mereka merampas 1.2 tan crystal meth dari Myanmar disembunyikan dalam paket teh, dipercayai rampasan terbesar dari segi nilai dan berat. – AFP

Kategori