Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Golf: Eropah Terus Tawan...

GLENEAGLES - Kapten Piala Ryder Eropah, Paul McGinley menggambarkan pemainnya sebagai 'gergasi' selepas...

Mahkamah Rekod Persetujuan Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini merekodkan penghakiman persetujuan kes saman fitnah...

Jokowi Tak Berani Tegur...

Jakarta - Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) tidak berani menegur Menteri Pembangunan Manusia...

Tentera Russia Diusir Lebih...

ANKARA: Tentera Russia berjaya diusir sejauh lebih 70 kilometer (km) dari ibu negara,...

Iflix Sasar Terbit 5 Hingga 10 Kandungan Tempatan Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan hiburan, iflix, yakin dapat menerbitkan antara lima dan 10 kandungan tempatan tahun ini sejajar dengan sasarannya meningkatkan jumlah kandungan hasil tempatan untuk para pelanggan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mark Britt berkata kedua-dua sasaran itu dapat dicapai menerusi kerjasama dengan badan kerajaan dan komuniti kreatif tempatan.

“Malaysia memiliki golongan bakat dan idea luar biasa, yang lebih daripada mampu untuk menghasilkan kandungan yang boleh menarik penonton massa.

“Bagi tahun ini, kami mahu menerbitkan antara lima dan 10 projek (kandungan asli) namun kami yakin dapat menerbitkan lebih daripada itu memandangkan permintaan terhadap kandungan tempatan semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Britt berkata pihaknya turut mengalami kekurangan tawaran kandungan tempatan sejak tiga tahun lepas memandangkan industri hiburan Malaysia tidak menghasilkan filem terlaris dan kandungan secukupnya untuk memenuhi keperluan yang diperlukan iflix.

Mengenai kandungan antarabangsa mendominasi segmen pasaran tersebut, beliau berkata filem dari Amerika Syarikat menguasai carta filem terlaris tahun lepas.


“Ini luar daripada kebiasaan, kerana jumlah bakat tempatan dalam industri ini amat besar dan kami yakin mereka mampu menghasilkan lebih banyak produk berkualiti,” katanya.

Syarikat itu, yang dikatakan akan menjadi peneraju perkhidmatan hiburan terkemuka dunia bagi negara pesat membangun, mencapai 15 juta pelanggan baru-baru ini dengan disokong pertumbuhan 250 peratus sejak Januari 2018. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • iflix

Kategori