Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Bersarapan Bersama Murid...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid...

Lelaki Cemas Chopstick Tersekat...

NGILU dan ngeri membayangkan situasi terpaksa dialami seorang lelaki di China apabila sebatang...

Polis Minta Kerjasama Ibu...

GEORGE TOWN - Polis memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa dalam...

Tidak Mustahil PH Tewas...

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui yang kerajaan Pakatan Harapan yang dianggotai...

IKSIM Jawab Mujahid, Dakwa Difitnah Seleweng Dana

DAKWAAN penyelewengan dana oleh Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) yang sudah tersebar ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merupakan fitnah berdasarkan audit “separuh masak.”

Ini ditegaskan oleh institut tersebut sebagai menjawab kenyataan Datuk Dr Mujahid Yusof yang mengatakan sebanyak RM7.4 juta dana IKSIM hilang, menimbulkan spekulasi penyelewengan oleh pertubuhan Islam itu.

IKSIM yang ditubuhkan sebagai sebuah syarikat memerima dana daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“MAIWP antara yang membiayai program tersebut kerana ianya bagus, tetapi malangnya daripada audit dalaman MAIWP sendiri (mendapati wujud ketidaktelusan dan mereka) tidak diberikan lagi lebihan (dana) yang dijanjikan itu,” kata Mujahid.

Sejak itu, dakwaan Mujahid tersebut telah tersebar dengan tanggapan bahawa IKSIM telah menyelewengkan dana yang diperuntukkan termasuk daripada sumber zakat umat Islam.

“Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan ‘exit conference,'” menurut kenyataan IKSIM.

“Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak audit dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu ‘exit conference’ yang telah ditangguhkan sebanyak tiga kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.”

Menurut IKSIM, semua perbelanjaannya boleh disemak tetapi terdapat perbezaan tafsiran antara pihak IKSIM dengan MAIWP, dan mengatakan IKSIM telah diaudit dan didapati bersih sejak penubuhannya.


“RM 7.4 Juta dana yang dibangkitkan oleh YB menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakaunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM.

“Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.”

IKSIM turut menegaskan kenyataan fitnah tersebut yang dibuat di luar Parlimen boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Pihak IKSIM ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti.

“Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang.” – Mynewshub.tv

  • Lagi berita berkaitan:
  • IKSIM

Kategori