Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dr. Afifi Ulama Melayu...

KUALA LUMPUR - Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan...

Lelaki Tergemuk Di Dunia...

ANDRES Moreno Sepulveda yang merupakan lelaki paling gemuk atau obes di dunia meninggal...

ADUN Chini Meninggal Dunia

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun,...

Rooney Ledak Dua Gol...

GLASGOW - Kapten England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membolehkan England mencatat...

Imam Tetap Terus Solat Ketika Gempa Lombok

TULAR… Rakaman video memaparan seorang imam tetap meneruskan solat fardu dalam keadaan terhuyung-hayang disebabkan gempa bumi menjadi tular menerusi di media sosial semalam.

Insiden berlaku ketika gempa 6.9 skala Richter yang menggegarkan Lombok lewat kelmarin yang mengorbankan kira-kira 100 orang dan mencederakan lebih 200 mangsa. Jumlah korban bagaimanapun dijangka meningkat.

Gempa tersebut turut menjejaskan ribuan penduduk dan pelancong di pulau Bali yang berdekatan serta Kepulauan Gili yang merangkumi tiga pulau kecil – Gili Trawangan, Gili Meno and Gili Air – dari barat laut Lombok.

Beberapa buah masjid juga dilaporkan roboh, malah Ketua Daerah Lombok Barat, Najmul Akhyar menambah bahawa jentera berat diperlukan kerana pihaknya mengesyaki “sejumlah jemaah sedang terperangkap di dalamnya”.

Dalam pada itu, menurut laman berita tempatan Tribunnews, imam dan jemaah menerusi video yang tular tersebut sedang menunaikan solat fardu Isyak di Musholla As-Syuhada, Denpasar, Bali apabila gegaran kuat tiba-tiba dirasai.

Menerusi rakaman itu, beberapa jemaah dapat dilihat melarikan diri apabila gegaran gempa semakin kuat. Imam berkenaan namun tetap meneruskan solat dan bacaan, meskipun beliau dapat dilihat cuba mengimbangi tubuhnya.

Malahan tangan kirinya memegang tembok dinding, supaya tidak terjatuh manakala baki empat jemaah juga dilihat masih ‘setia’ meneruskan solat fardu tersebut dalam keadaan mereka terhuyung-hayang akibat masjid bergegar.

Terdapat dua lagi video yang menunjukkan para jemaah di masid-masjid lain lari bertempiaran di pertengahan solat untuk menyelamatkan diri semasa gempa. Nama masjid itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam video tersebut.

Dalam video berikut ini, para jemaah di sebuah masjid di Bangli, Bali nyaris-nyaris ditimpa serpihan bumbung bangunan yang mulai runtuh, lapor laman berita setempat, Kumparan News.


Mujur semuanya selamat setelah berjaya melarikan diri keluar dari masjid, termasuk imamnya, sebelum runtuhan jatuh tepat di bahagian tempat jemaah tersebut berdiri solat.

Sebelum ini, dalam kejadian gempa yang berlaku sekitar seminggu lalu – juga di Lombok pada 29 Julai – sebuah video yang dimuat naik netizen di sebuah masjid menunjukkan keadaan bertukar cemas secara tiba-tiba.

Ia berlaku semasa seorang ustaz sedang menyampaikan ceramah di Masjid Sekarbela. Sebaik sahaja gegaran dirasakan, ustaz berkenaan melafazkan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”.

Beliau kemudian mula membaca doa minta diselamatkan daripada bencana yang sedang melanda itu. Bandul dan besi pada jarun jam di belakang ustaz berkenaan juga kelihatan berhayun ke kiri ke kanan buat beberapa ketika.

Seorang jemaah di sebelah ustaz itu dilihat kemudian melaungkan azan sebagai tindak balas kepada bencana tersebut. Untuk rekod, Indonesia merupakan negara paling ramai umat Islam di dunia.

Ada netizen menyifatkan ia sebagai tanda Tuhan murka terhadap Indonesia setelah mahkamah perlembagaan negara itu akhir tahun lalu meluluskan zina dan LGBT bukan kesalahan jenayah. – Agensi/Mynewshub.TV

Baca: Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Kategori