ISLAMABAD – Ahli Parlimen Pakistan meluluskan perlantikan bekas pemain kriket terkemuka negara itu, Imran Khan sebagai Perdana Menteri baharu, yang bakal menyaksikan upacara angkat sumpah esok.
“Imran Khan mendapat 176 undi,” kata Speaker Dewan Negara, Asad Qaiser selepas pengundian, yang disiarkan secara langsung dari dewan rakyat.
Menurut Qaiser, Imran hanya memerlukan majoriti mudah 172 undi untuk mengambil alih kuasa. Saingannya, Shahbaz Sharif dari Liga Muslim Pakistan hanya mendapat 96 undi. – AFP/BH ONLINE