Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jho Low Dalang Utama,...

KUALA LUMPUR - Berbeza sedikit nada berbanding dua hari lepas, Datuk Amhari Efendi...

Pertarungan BN, PN: Pecah...

Pertembungan rakan sekutu yang membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

PPBM PD Beri Amaran...

Ini kes berat. Belum apa lagi sudah ada bibit keretakan Pakatan Harapan (PH)...

Jenazah Penceramah Dikebumikan Di...

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani yang...

Ini Musim Dampingi Rakyat, Selami Masalah & Keperluan

SEMPORNA – Semua wakil rakyat dan pegawai kerajaan mesti turun ke akar umbi dan menyelami keperluan dan masalah dihadapi rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, sekarang waktu pemimpin mendampingi rakyat selepas musim pilihan raya umum berlalu.

“Ini musim pemimpin beramal serta berkhidmat untuk rakyat, banyakkan masa untuk masuk kampung, pulau, jangan hanya duduk di pejabat setiap hari kerana kita tahu rakyat di pedalaman Sabah ada keterbatasan, bukan semua mampu seperti penduduk di Sugut, Pensiangan dan Long Pasia untuk sampai ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Hari Ketua Menteri bersama rakyat di Dewan Masyarakat Semporna di sini, hari ini.

Mohd Shafie turut mengingatkan wakil rakyat agar tidak berjanji pada rakyat mengenai benda atau perkara yang kerajaan tidak mampu laksanakan.

“Bukan semua yang dilakukan kerajaan itu boleh dijanjikan atau dilaksanakan kerana wujud keterbatasan tetapi yang penting niat kita bantu rakyat itu ada,” katanya keterbatasan itu susulan keadaan negara yang berhadapan dengan hutang yang banyak.

Mohd Shafie turut menzahirkan rasa kasihan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang terpaksa ke China dan Jepun untuk berbincang cara mengatasi masalah kewangan negara yang dibelanjakan berbilion ringgit.

“Tahun depan sahaja kita terpaksa membayar RM1 bilion hutang dan masalah ini juga bukan sahaja di peringkat nasional tetapi turut melibatkan Sabah,” katanya lagi.


Sementara itu, Mohd Shafie berkata Hari Ketua Menteri Bersama Rakyat dengan penglibatan 42 agensi dan jabatan kerajaan negeri serta persekutuan itu akan diperluaskan ke daerah lain dengan sasaran kepada penduduk luar bandar.

“Walaupun saya sedar rakyat banyak masalah dan perkara itu tidak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh sehari, tetapi apa yang penting menerusi program itu pemimpin serta jabatan kerajaan telah maklum isu dihadapi rakyat dan cuba bantu mereka,” katanya.

Mohd Shafie meluangkan masa tiga jam berinteraksi dan mendengar aduan penduduk Semporna yang 90 peratus berhubung isu tanah selain masalah kad pengenalan serta projek rumah mampu milik.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas itu turut berterima kasih dengan kesediaan 42 agensi dan jabatan turun padang dan menyantuni keperluan rakyat.

“Pembinaan pejabat seperti UTC, RTC terbatas kerana banyak wang dibelanjakan tetapi menerusi pendekatan perkhidmatan bergerak kepada orang ramai ini kita dapat ambil perhatian masalah rakyat,” katanya sambil menambah bahawa program itu akan dilaksana mengikut ketetapan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. – BERNAMA

Kategori