Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video Ustaz Meninggal Dunia...

SUBHANALLAH... pastinya seluruh umat Islam mencemburui empunya nama ustaz Jaa'far Abdurrahman ini. Jaa'far yang...

Ambil Tindakan Undang-Undang Ke...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kecewa dengan demonstrasi yang...

Polis Sarawak Cari 4...

SIBU - Polis Sarawak sedang mengesan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan...

Pakatan ‘Pelik’ Ada 3...

LUCU dan kelakar... Pakatan Harapan nampaknya terpaksa mengambil jalan keluar unik dengan lantik...

IPK Perlis Siap Hujung Tahun Ini – KP Polis

PADANG BESAR – Pembinaan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini, kata Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias.

Katanya pembinaan IPK Perlis di Seriab dekat sini, yang menelan kos sebanyak RM151 juta, telah bermula sejak Mac tahun lepas dan perkembangannya berjalan lancar setakat ini.

“Pihak kami berpuas hati atas perkembangan pembinaan IPK dan sentiasa memaklumkan kepada Ibu Pejabat Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri dari semasa ke semasa.

“Kemungkinan besar kita sudah boleh mula berpindah ke sana Januari tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Menembak bersama Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Lapang Sasar Kompleks Logistik, Mata Ayer di sini, hari ini.

Katanya operasi IPK Perlis buat masa ini masih menumpang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.

Sementara itu, Azisman memberitahu indeks jenayah di Perlis turun sebanyak 20 peratus dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.


Katanya perkembangan positif itu hasil kerja keras semua pegawai dan anggotanya serta kerjasama masyarakat dalam membendung jenayah di negeri ini.

Terdahulu, pada program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat serta menyertai acara menembak yang diadakan sempena Hari Peringatan Polis ke-211 itu.

Lebih 100 anggota dan pegawai polis serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan mengambil bahagian dalam pertandingan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori