Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Dipercayai...

SUAMI isteri yang hidup bergantung dengan hasil menjual dadah ditahan polis di rumahnya...

Buku ‘500 Usahawan Berjaya...

KUALA LUMPUR – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) melancarkan buku ‘500...

LGE Antara Degil Auta...

DUA hari lalu berlaku pengundian supaya Sales Tax Bill dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan...

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan...

Ismail Mulakan Tugas Hari Pertama Sebagai KSN

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ismail Bakar hari ini memulakan hari pertamanya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan berazam untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi penekanan terhadap pengurusan kos yang lebih cekap dan berkesan.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini menyatakan Ismail dalam satu taklimat ringkas berikrar untuk sentiasa menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran dalam menjalankan tugasnya.

Ismail, 58, mengimbas kad kehadiran pada 7.25 pagi di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini, menurut kenyataan itu.

Ismail yang sebelum ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan dilantik sebagai KSN yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa, 63, yang kontrak perkhidmatannya tamat semalam. – BERNAMA

Kategori