Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Teori Warnai Perit...

KUALA LUMPUR - Diculik Alien, disembunyikan di Diego Garcia, terdampar di Segitiga Bermuda,...

Penghantar SMS, MMS Lucah...

CYBERJAYA - Seorang lelaki yang berumur, 42 tahun, telah mengaku bersalah di atas...

Perarakan Chingay Catat Lebih...

JOHOR BARU - Festival Perarakan Chingay yang berlangsung di pusat bandar raya, di...

Ulas Bicara Zahid, Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai...

Ismail Yusop, Nga Hock Cheh Dicalonkan Sebagai Senator

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini memilih dua Anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun, berkuatkuasa hari ini.

Usul pemilihan dua Senator itu dicadangkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dan disokong oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama DUN Perak.

Pemilihan Ismail Yusop, 60, dan Nga Hock Cheh, 66, dibuat selepas kedua-duanya mendapat 31 undi menyokong, menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar serta calon PAS, Muhammad Ismi Mat Taib yang masing-masing memperoleh 28 undi.

Ismail merupakan Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR, manakala Nga adalah Anggota Jawatankuasa DAP negeri.

Persidangan DUN Perak yang bermula sejak 6 Ogos lalu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. – BERNAMA

Kategori