Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nelayan Temui Mayat Kanak-Kanak...

MEDIA Indonesia Kompas.com melaporkan nelayan di perairan Maradapan, Kalimantan Selatan telah menemui satu lagi...

Malaysia Bangkit Tewaskan Myanmar...

ALOR SETAR - Pasukan lelaki Malaysia mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas Myanmar...

Video Pembuat Mi Menari...

VIDEO seorang pembuat mi sedang menari keriangan sambil melakukan pekerjaannya menjadi tular baru-baru...

Hoo-Woon Mara Separuh Akhir...

KUALA LUMPUR - Beregu utama wanita negara Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei mara ke...

Issey, Shahrol (Shiro) Muka Baharu Suria FM

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai baharu segmen Team Suria Pagi bermula Isnin.

Pengurus Kanan Program Suria, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin berkata, gabungan tiga jejaka ini merupakan formula baharu bagi menarik jumlah pendengar Suria menerusi radio dan dalam talian.

“Keputusan menggabungkan Fizi, Shahrol dan Issey dibuat setelah mendengar dan menilai keserasian mereka ketika membuat demo ke udara.

“Kami di Suria mengharapkan agar gabungan ini akan memeriahkan suasana pagi pendengar dengan kepetahan dan telatah mereka disamping kandungan program yang lebih menarik dan interaktif,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.


Issey (kiri) dan Shahrol menceriakan pagi di Suria FM bersama Fizi Ali.

Shahrol dan Issey bakal bergandingan dengan Fizi Ali yang akan bersiaran bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Untuk rekod, Shahrol pernah menyertai Suria pada Julai 2017 namun mengambil keputusan tidak menyambung kontrak pada Oktober 2017.


Dalam pada itu, Dj Lin berkata, pembaharuan ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi jenama Suria diantara stesen-stesen radio berbahasa Melayu yang lain.

Selain itu, Dj Lin berkata, Suria juga bakal menjemput 100 selebriti untuk ke udara setiap hari bermula pada 6 hingga 31 Ogos menerusi program 100 Selebriti Suria. – mStar Online

Kategori