Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Parlimen Bagan Datuk Lokasi...

BAGAN DATUK — Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018), yang bertujuan meningkatkan tahap...

Ahli Parlimen BN Perjelas...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menemui Datuk Seri Mohamed...

Banjir Kilat Cetus Panik

GEORGETOWN - Pulau Pinang dilanda kesesakan lalu lintas luar biasa susulan banjir kilat...

Manifesto PH: P.Pinang Bakal...

JIKA berdasarkan kepada manifesto pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Pulau...

Isu Rohingya, AS Desak Tindakan Ke Atas Myanmar

LAPORAN PBB yang mendakwa pemimpin tentera dan kerajaan awam Myanmar terlibat dalam kekejaman terhadap minoriti Muslim Rohingya kini disambut oleh Amerika Syarikat.

AS melalui dutanya di PBB, Nikki Haley berkata laporan itu mesti disiasat lebih lanjut, meletakkan kerajaan Myanmar dalam keadaan tertekan.

“Fakta tentang pembersihan etnik Rohingya mesti disampaikan, dan mesti didengari,” kata Haley pada Selasa.

Haley juga berkata dapatan penyiasat PBB itu konsisten dengan kajian oleh Jabatan Negara AS sebelum ini.

Perkembangan ini menunjukkan sikap AS yang jelas mahu meningkatkan tekanan terhadap sekutu kuat China itu, yang juga telah mula membina hubungan lebih baik dengan AS sejak 2011.

Pada masa itu, Myanmar menghentikan beberapa projek besar China termasuk empangan Myitsone dan mula menjalankan dasar luar lebih terbuka.

Myanmar sejak itu mula mempelbagaikan hubungannya di peringkat antarabangsa termasuk berbaik dengan AS dan membuka pasaran kepada dunia luar.

Tentera Myanmar menerima sebahagian besar bekalan senjata mereka dari China, yang masih merupakan penaung utama rejim pemerintah Myanmar.

Haley dan duta-duta lain bagaimanapun tidak menggunakan perkataan genosid yang digunakan dalam laporan PBB itu yang diterbitkan minggu ini.

“Di Majlis Keselamatan ini, mereka yang terlibat dalam keganasan itu mesti dipertanggungjawabkan,” kata Haley lagi.


Laporan oleh penyiasat PBB itu menggesa Majlis Keselamatan merujuk Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, atau mewujudkan tribunal jenayah antarabangsa secara ad hoc seperti dilaksanakan bagi menangani kes bekas Yugoslavia.

Misi penyiasat disokong PBB itu mendakwa “pemimpin tertinggi tentera Myanmar termasuk Jeneral Min Aung Hlaing mesti disiasat dan didakwa atas kesalahan genosid di utara negeri Rakhine.”

Beberapa anggota Majlis Keselamatan turut menyertai gesaan agar mereka yang dituduh dibawa ke tribunal antarabangsa, termasuk Britain, Perancis Kuwait, Belanda dan Sweden.

Negara terbabit juga menyeru diwujudkan mekanisme untuk “mengumpul dan memelihara bukti” kekejaman.

China dan Rusia, dua anggota tetap Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa veto berkata mereka lebih suka memilih pendekatan dialog dengan kepimpinan Myanmar untuk menyelesaikan konflik di negara itu.

Tindakan Washington ini bakal meningkatkan lagi pertembungan politik antara AS dengan China, pada masa kedua-dua negara terlibat dalam perang dagang.

Myanmar juga merupakan sekutu China yang terlibat dalam agenda geopolitik Beijing di Lautan Hindi, termasuk menjadi lokasi kemudahan infrastruktur perdagangan.

Pantai Rakhine di pesisir Lautan Hindi ialah lokasi projek infrastruktur minyak dan gas bernilai berbilion dolar AS, salah satu projek pelaburan terbesar China di Myanmar. – Agensi/Mynewshub.tv

Kategori