KUALA LUMPUR – Isu berhubung penggunaan tandas awam oleh golongan transgender atau pondan turut mendapat perhatian legenda lumba motosikal cub prix negara, Wazi Abdul Hamid.
Beliau malah melemparkan sindiran keras terhadap isu itu dengan menyeru semua peminat motosikal tanah air supaya memakai pakaian lengkap perlumbaan ketika mahu menggunakan tandas awam selepas ini.
“Pesanan kepada semua ‘rider-rider‘ jalan raya. Sila pakai ‘fullsuit’ bila masuk ‘toilet‘ takut kita digoda. Sekurang-kurangnya ada ‘protection’… Jahanam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.
Beliau turut memuat naik ‘screen shot‘ tajuk berita Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh supaya golongan transgender dibenar menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pada sidang media bersama wakil Transgender baru-baru ini dilaporkan berkata komuniti transgender boleh berkongsi tandas awam dengan wanita.
Beberapa hari kemudian, Menteri kerajaan Pakatan Harapan itu tampil memohon maaf dan menarik semula kenyataannya dengan mendakwa beliau terkilaf ekoran dikecam teruk oleh rakyat Malaysia.
Terdahulu, Wazi dalam kenyataannya di Facebook turut mempersoalkan apa akan berlaku jika kaum lelaki terpaksa berkongsi tandas dengan golongan pengkid (wanita berperwatakan lelaki).
“Adoi nayala nti bila masuk2 bilik ayor awam ada lak pengkid tgh berdiri sebelah cermin besor.. Arghhhhhhh.. Korner leper cecah telinga pun xmampu tahan cabaran ni.. Hidup malaysia..,” sindirnya lagi. – MYNEWSHUB.TV