Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Datang Memasak...

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri...

Skim Thohir Tingkatkan Bilangan...

KUALA LUMPUR – Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035...

Nirmala Bonat Menang Saman...

Masih ingatkah lagi dengan kes penderaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat?Pada...

Malapetaka Kemanusiaan Terbesar Di...

DAMSYIK - Kira-kira 900,000 penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing...

JAKOA Terus Main Peranan Majukan Masyarakat Orang Asli

SEREMBAN – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan terus memainkan peranan membawa masyarakat Orang Asli ke arah masyarakat yang memiliki minda kelas pertama sejajar dengan misi negara maju pada tahun 2020.

Penolong Pengarah Kanan (Perangkaan), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKOA, Mohd Azahar Ab Manaf berkata usaha ke arah peningkatan modal insan seiring dengan pembangunan sosio ekonomi, mampu membawa masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih tinggi.

“JAKOA mengambil berat berkenaan isu-isu yang berkepentingan seperti hak milik tanah, kadar kemiskinan, pendidikan dan kesihatan. Sehubungan itu, sebagai jabatan yang bertanggungjawab, sudah pasti JAKOA akan memastikan bahawa setiap hak dan keistimewaan masyarakat Orang Asi terus diperjuangkan.

“Saya amat gembira melihat pelbagai sudut potensi masyarakat Orang Asli telah berjaya dilahirkan. Ia adalah keberkesanan daripada program yang dilihat memberi impak positif kepada pembangunan Orang Asli seperti program khusus peningkatan taraf hidup Orang Asli, skim pembangunan kesejahteraan rakyat, program peningkatan kapasiti dan kapabiliti kumpulan khusus dan lain-lain lagi,” katanya

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Mesra Rakyat Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu 2018 oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad di Kampung Orang Asli Tekir, Labu dekat sini, hari ini.

Mohd Azahar yang mewakili Ketua Pengarah JAKOA Ajis Sitin pada majlis itu berkata peranan JAKOA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam melaksanakan program transformasi untuk masyarakat Orang Asli telah memberi kesan dalam aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, modal insan, pendidikan dan kebajikan.

Katanya usaha yang dilakukan secara berterusan dalam memartabatkan adat budaya dan seni warisan Orang Asli yang menjadi teras dalam sosio budaya masyarakat Orang Asli akan terus dipelihara.


Sementara itu, Ismail yang juga anggota DUN Labu berkata program sebegini sangat bermakna kerana ia adalah pertemuan secara langsung antara kepimpinan di peringkat akar umbi kampung Orang Asli dan penduduk kampung.

“Ia sekaligus membuktikan keakraban kita sebagai satu komuniti di bawah naungan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Program hari ini disertai penduduk di dua kampung Orang Asli iaitu Kampung Tekir dan Kampung Sebir. Turut hadir Pengarah JAKOA Negeri Sembilan Haslin Abdul Razak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAKOA

Kategori