Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan Kajian Peranti, Perisa...

LARUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin...

Muhammad Adib: UMNO Ucap...

SEREMBAN - UMNO hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bomba Muhammad Adib...

Kerajaan Perlis Akan Ambil...

KANGAR - Kerajaan Perlis akan mengambil tindakan segera untuk menambah baik tadbir urus...

Kabinet Akan Kaji Cadangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu...

Jangan Kibar Bendera Koyak-Rabak, Kata Baru Bian

SIBU – Rakyat Malaysia diminta agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang koyak-rabak atau usang oleh kerana perbuatan itu memalukan imej dan kedaulatan negara, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata perbuatan mengibarkan Jalur Gemilang yang koyak-rabak sepanjang bulan yang telahpun diisytiharkan sebagai Bulan Kemerdekaan akan memberi gambaran buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Ayuh kita kibarkan bendera dengan penuh rasa bangga dari pejabat, premis perniagaan dan rumah kita. Kita mesti memberi gambaran yang baik terutamanya kepada orang luar,” katanya ketika merasmikan pertandingan Pidato Patriotik di Dewan Suarah Sibu anjuran Jabatan Penerangan Negeri di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori