Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kadar Tambang Baharu ERL...

KUALA LUMPUR - Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan...

Death Goes Digital At...

KUALA LUMPUR - Instead of becoming a fading memory after death, one can...

PRU15: Bubar DUN Berasingan...

JASIN : Keputusan enam kerajaan negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing...

Kadar Tambahan Bagi Bayaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan...

‘Jangan Serang UMNO, Dia Bukan Lagi Kerajaan’

TEGUR… Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas sikap sesetengah penceramah PAS yang masih ‘ligat’ menyerang UMNO seolah-olah parti itu masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara.

Sambil memberi bayangan akan bekerjasama dengan UMNO, Presiden PAS itu berkata, ahli parti tersebut perlu sedar dan ambil langkah memilih pihak mana yang lebih baik untuk mempertahankan kuasa politik umat Islam.

“Terdapat kalangan penceramah PAS duk (selalu) hentam UMNO… UMNO sudah kalah teruk, dia ingat UMNO masih jadi kerajaan lagi. Mereka perlu ingat yang perintah sekarang adalah Pakatan Rakyat (PH) bukan UMNO lagi.

“Ini tidak, masih ceramah macam dulu juga, (mereka) ini tidak faham dan tak reti (pandai) politik. Biar saya sebut secara berterus terang, PAS sebagai sebuah parti Islam perlu mengambil satu langkah fiqah muwazanah.

“Ini ialah pertimbangan untuk memilih (pihak) mana lebih baik bagi mempertahankan kuasa politik umat Islam, ini perlu difahami,” kata Abdul Hadi yang pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 1999 selama sepenggal.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang di Marang, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Hadi berkata, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu memperlihatkan keputusan unik apabila wakil dalam parti pemerintah tidak seimbang dengan demografi penduduk Malaysia sendiri.


“Keputusan PRU lalu sebenarnya ditentukan oleh orang muda berusia 21 hingga 30 tahun dan pengundi bukan Islam. Sebanyak 30 peratus pengundi muda yang baharu ‘setahun jagung’ dan 90 peratus bukan Islam memilih PH.

“Mereka berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN). Walhal Penduduk Malaysia meliputi sebanyak 65 peratus orang Islam tapi yang menguasai Parlimen dengan majoriti mudah ialah wakil rakyat dari kalangan bukan Islam.

“Ini jadi cabaran untuk kita dan mungkin apa yang diluluskan di peringkat negeri tidak akan dilulus (di Parlimen), di samping ada orang yang hendak cepat jadi Perdana Menteri menambahkan lagi cabaran kepada kita,” katanya.

Ayat sinis tersebut jelas merujuk kepada Presiden PKR baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui sebagai amat bercita-cita tinggi mahu ganti Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa terdekat. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori