Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ramasamy Saman Zakir Naik,...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan...

Zul Ariffin Terlampau ‘Sweet’...

SEKARANG ini menerusi slot Samarinda TV3 sedang hangat ditayangkan drama Menanti Februari lakonan...

VIDEO: Suasana Kecoh Lepas...

SELEPAS Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas...

Jenazah Noor Zahidi Dijangka...

KOTA BHARU - Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor...

Jejambat Runtuh Di Itali, 22 Disahkan Maut

ROME – Sebuah jejambat lebuh raya runtuh pada Selasa di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa dalam apa disifatkan Menteri Pengangkutan, Danilo Toninelli sebagai satu tragedi besar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Edoardo Rixi, dalam temubual televisyen sebentar tadi mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang disahkan maut dan tidak menolak kemungkinan angka itu akan meningkat.

“Tidak boleh diterima sama sekali bahawa jambatan yang begitu penting…tidak dibina bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

“Bahagian tengahnya runtuh,” katanya ketika ditemubual oleh SkyNews24 di Genoa.

Jabatan bomba tempatan berkata, jejambat terbabit runtuh sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan ketika hujan lebat.


Imej televisyen Itali menunjukkan jejambat runtuh itu, dibina di lebuh raya bertol A10 pada 1960-an. Kerja pembinaan semula jejambat itu dijalankan pada 2016. Jejambat terbabit runtuh di atas sungai, trek kereta api dan bangunan.

Seorang saksi memberitahu televisyen Sky Italia, dia menyaksikan ‘lapan atau sembilan’ kenderaan di atas jejambat apabila ia runtuh dalam apa yang dikatakan ‘adegan malapetaka.’

Toninelli dalam tweet berkata, beliau mengikuti perkembangan apa yang dianggap satu tragedi besar. – Reuters

Kategori