Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Samantha Dinobatkan Miss Universe...

GADIS dari Kuala Lumpur, Samantha Katie James muncul dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2017. Samantha,...

Zico Sasar Kekal Rekod...

YANGON - Juara bertahan, Thailand mahu meneruskan rentetan kemenangan apabila berdepan tuan rumah...

Pelabur Asing Lupus RM4.36...

KUALA LUMPUR – Dana asing menjual sebanyak RM6.9 juta ekuiti tempatan minggu lalu...

Media Kagum Kehebatan Stesen...

KUALA LUMPUR - Pengamal media ternyata kagum dan terpikat dengan kehebatan reka bentuk stesen Transit Aliran...

Jenazah Tiga Beradik Selamat Dikebumikan

BACHOK – Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Padang Tengku, Pahang, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keluat, Beris Kubur Besar di sini, awal pagi tadi.

Jenazah Mimi Suziana Mohamed, 39, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 3.40 pagi tadi.

Turut maut ialah rakan Norfasmida, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, dari Kampung Tok Sidi, Meranti, Pasir Mas, Kelantan yang juga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dalam kejadian kira-kira 9.50 pagi itu.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah ketiga-tiga beradik itu yang tiba di tanah perkuburan pada 2.40 pagi dengan tiga van jenazah.

Jenazah kemudian disembahyangkan buat kali terakhir oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

Sementara itu, adik kelima mangsa, Nor Faizal, 31, berkata arwah kakaknya, Mimi Suziana bercadang untuk mengorbankan seekor kambing sempena Aidiladha yang akan disambut esok.


Beliau berkata kambing itu dibeli beberapa bulan lepas dan diternak ayahnya untuk sambutan berkenaan.

“Mimi Suziana adalah anak ketiga manakala Norfasmida anak ketujuh dan Ahmad Faris merupakan anak kesepuluh daripada sebelas beradik.

“Mereka bertiga memang rapat dan tidak pernah berpisah dan sering pulang ke kampung bersama-sama,” katanya. – BERNAMA

Kategori