Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Budak Alami Kecederaan Otak...

Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gajet dan internet?Gambar di...

Terkejut Jumpa Bangkai Ikan...

CANBERRA - Dua pemancing terkejut dan hampir tidak percaya apabila menemui bangkai ikan...

Wujud Keraguan Mohon Tukar...

PUTRAJAYA - Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke atas permohonan Parti Generasi Baru...

Dengan Payung Ini Dijamin...

LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak...

Jepun Singkir Atlet Langgan Pelacur

JAKARTA – Jepun menghantar pulang empat pemain bola keranjang daripada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas didapati melanggan pelacur di sebuah hotel, kata ketua delegasinya, Yasuhiro Yamashita, hari ini.

Pemain terbabit meninggalkan perkampungan sukan selepas tamat aksi bertemu Qatar pada Khamis lalu untuk makan di sebuah restoran sebelum bertemu rakyat tempatan yang boleh berbahasa Jepun yang kemudiannya memberitahu mereka mengenai sebuah bar untuk bertemu wanita.

Mereka yang masih memakai jersi pasukan kemudian pergi ke bar berkenaan dan menghabiskan beberapa jam di situ sebelum memasuki hotel bersama empat wanita dan hanya keluar pada pagi Jumaat lalu.

Pegawai memaklumkan empat atlet itu adalah Takuya Hashimoto, Keita Imamura, Yuya Nagayoshi dan Takuma Sato.

“Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) memutuskan untuk menarik akreditasi mereka dan menghantar mereka pulang ke Jepun pagi tadi,” kata Yamashita.

“Kami memiliki kod disiplin yang spesifik, jadi tindakan itu melanggar peraturan yang ditetapkan delegasi Jepun. Atlet sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam semua aspek.”

Yamashita menjelaskan JOC begitu memandang serius isu disiplin membabitkan atlet mereka.


“Selepas tiba di sini, ketua kontinjen dan pegawai tertinggi lain sudah menegaskan bahawa atlet perlu menjadi contoh di Jakarta.

“Sangat mengecewakan kerana selepas pelbagai arahan dikeluarkan, isu seperti ini tetap terjadi. Sebagai ketua delegasi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Jepun.”

Yamashita berkata, semua atlet terbabit pulang dengan perbelanjaan mereka sendiri.

“Lapan pemain yang masih tinggal, pegawai dan jurulatih akan kekal berada di sini untuk meneruskan perlawanan.” –AFP

Kategori