Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Syabu Bernilai RM4 Juta...

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman menemui lapan...

2 Jawatan Timbalan Presiden...

KUALA LUMPUR - Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan...

Video: Wayne Rooney Tampar...

BINTANG penyerang Manchester United, Wayne Rooney mencuri perhatian umum apabila bertindak menampar seorang...

Dr. Hilmi Tak Layan...

BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyifatkan cabaran...

Jho Low: Kembali Ke Malaysia, Berdepan Pihak Berkuasa – KJ

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan supaya kembali ke Malaysia dan berdepan dengan pihak berkuasa.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Rembau itu, jika Jho Low tidak bersalah, dia perlu berhenti dari menyembunyikan diri.

“Selagi anda terus melarikan diri, kes-kes mahkamah yang berkaitan SRC International (SRC) tidak dapat diselesaikan.

“Parti saya tidak boleh bergerak keluar daripada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tidak dapat dibina semula,” katanya menerusi catatan terbaru di laman Twitter peribadi beliau, hari ini.

Dalam catatan berkenaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut menampil bersama pautan berita mengenai Jho Low daripada sebuah portal berita yang menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merampas’ prosiding undang-undang negara lain untuk mendapatkan kapal layar Equanimity yang dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam kenyataan dari peguamnya, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), Jho Low bertegas bahawa penyitaan Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tidak sah.


Kenyataan itu dibuat selepas Dr Mahathir semalam menegaskan bahawa pihak berkuasa AS dan Indonesia sependapat dengan Malaysia berhubung kapal layar mewah berkenaan, yang katanya dijamin oleh AS ia dimiliki oleh Low kerana didakwa dibeli menggunakan ‘duit rakyat Malaysia’.

Peguam Jho Low dilaporkan menuduh Dr Mahathir memutar belit kenyataan Jabatan Kehakiman AS (DOJ), dan menambah bahawa: “Kenyataan salah oleh kerajaan Malaysia yang berulang kali ini memalukan AS, yang menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam rampasan haram kapal layar berkenaan dan akan memaklumkan mahkamah AS pada 17 Ogos.

“Sangat jelas bahawa rejim Dr Mahathir tidak mementingkan proses perundangan yang adil dan saksama. Tindakannya merampas prosiding undang-undang di negara lain yang melibatkan kerajaan di negara itu dalam isu Equanimity membuktikan hal ini,” katanya. – BH ONLINE

Kategori