Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Audit: PSK Tanggung Tunggakan...

KUANTAN - Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) menanggung tunggakan cukai termasuk denda berjumlah...

Barangan Masuk Melalui Kastam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

AirAsia X Patah Balik...

KUALA LUMPUR - Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke sini terpaksa patah...

Henti Tajaan: MARA Tak...

PETALING JAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak perlu memaklumkan kepada Kementerian Pengajian...

Johor Usaha Tingkatkan Aspek Keselamatan Anggota PBT

KLUANG – Kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menambah baik elemen keselamatan terhadap anggota penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjalankan tugas mereka.

Ini susulan kejadian rumah ketua penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) yang disimbah dengan cat merah pada Jumaat lepas, dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan mengetuai operasi menutup restoran milik warga asing di kawasan bandar tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata beliau sangat bimbang dengan tahap keselamatan anggota penguatkuasaan itu kerana mereka tidak dibekalkan dengan peralatan pertahanan dan keselamatan.

“Pihak majlis di bawah PBT adalah antara yang paling kurang dari segi keselamatan dan pertahanan. Kalau jabatan dan agensi lain, mereka ada senjata. Tetapi kami faham kerana mungkin PBT mempunyai kekangan dari segi peruntukan untuk menyediakannya dan PBT juga tidak mempunyai hak atau kuasa untuk memiliki dan menggunakan senjata,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya turut sedang meneliti keperluan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani secara menyeluruh gejaja sosial dalam kawasan PBT.


Ia bagaimanapun akan mengambil kira kemungkinan tugas anggota penguatkuasaan PBT yang akan bertambah berikutan penubuhan itu.

“Pasukan ini bukan hanya berperanan mengatasi masalah vandalism serta perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan awam di negeri Johor malah membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah yang memberikan implikasi buruk kepada masyarakat setempat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBT

Kategori