Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pertahan Shila Amzah Sampai...

WALAUPUN,sudah seminggu berlalu, namun kontroversi yang melibatkan Shila Amzah masih belum reda. Tidak...

Ayah Jatuh Sakit Bila...

KUALA LUMPUR - Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lalu, dipercayai...

Infrastruktur Asas Di Labuan...

LABUAN - Infrastruktur asas di beberapa kampung di sini akan dinaik taraf dan...

Gadis 15 Tahun Jadi...

MALANG menimpa seorang remaja perempuan apabila menjadi mangsa 'kenduri' sekumpulan 20 lelaki bernafsu...

JPJ Terengganu Keluar 58 Notis Saman Dalam Ops Pewa

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 58 notis saman dalam Ops Khas ‘lebih muatan’ dan ‘Pemandu Warga Asing’ (Pewa) di beberapa lokasi ‘panas’ sekitar negeri ini sejak semalam hingga awal pagi tadi.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata operasi pertama seumpamanya untuk tahun ini dijalankan di tiga lokasi iaitu di Plaza Tol Kuala Terengganu di Gemuruh, Kuala Nerus; Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu serta Jalan Sungai Tong, Setiu bermula jam 7 petang semalam sehingga 5 pagi tadi.

“Operasi disertai lima pegawai dan 15 anggota yang diketuai timbalan pengarah JPJ Terengganu.

“Bagi Ops lebih muatan kita telah menahan dan menimbang 25 buah lori yang mana 21 daripadanya adalah lori kargo am dan selebihnya lori kecil yang membawa muatan tidak melebihi lima tan,” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ negeri di sini hari ini.

Zulkarnain berkata bagi kes pemandu asing pula, JPJ telah menahan dan mengeluarkan saman terhadap 14 pemandu van dari Thailand yang menjalankan perkhidmatan membawa penumpang untuk tujuan pelancongan tanpa kebenaran di negeri ini.


Katanya, mereka yang terlibat didapati menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) yang dikeluarkan kepada kenderaan persendirian dengan mengambil penumpang dan mengenakan bayaran.

Kesemua pemandu yang ditahan berusia antara 35 hingga 40 tahun telah dikompaun serta-merta sebanyak RM300 (setiap seorang) sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Kegiatan mereka ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya pada musim perayaan kerana ramai warga Thailand ingin pulang ke kampung halaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori