Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PRN Sarawak: Tanjong Datu...

TANJONG DATU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan...

Seramai 749 Polis Bertugas,...

PETALING JAYA - Seramai 749 pegawai dan anggota polis Selangor bertugas menjamin kelancaran...

Misteri ‘Kapal Hantu’ Selat...

LONDON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan dokumen rahsia mengenai panggilan kecemasan menyeramkan...

Pemandu Kereta Maut Berlanggar...

KUCHING - Seorang lelaki maut apabila kereta Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

JPJ Terengganu Tubuh Unit Penguatkuasa Ronda Lebuh Raya

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu hari ini melancarkan Unit Penguatkuasa Ronda Lebuhraya (UPRL) Zon Timur bagi memantau keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya oleh pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Pengarahnya Zulkarnain Yasin berkata unit itu akan menjalankan rondaan di lebuh raya berkenaan bermula di Plaza Tol Kuala Terengganu hingga Plaza Tol Jabor di Kemama, sejauh 194 km .

Katanya unit itu mempunyai enam anggota yang akan bertugas secara bergilir mengikut tiga syif bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melakukan kesalahan seperti tidak memakai tali pinggang kaledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan serta mengguna lorong kecemasan.

“Pilot projek UPRL bermula 15 hingga 31 Ogos ini. Tempoh operasi pula mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, yang mana mereka juga memastikan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran unit itu dan kempen kibarkan Jalur Gemilang JPJ Terengganu di sini.

Mengulas mengenai rondaan di jalan utama pada musim perayaan Aidiladha dan sambutan Hari Kebangsaan, beliau berkata pihaknya telah mengadakan Op Patuh yang memberi tumpuan pada kawasan kerap kemalangan (3K) dengan penglibatan 150 anggota.

Sementara itu Zulkarnain berkata setakat tujuh bulan pertama tahun ini, sebanyak 16,315 saman dikeluarkan JPJ Terengganu, dan saman yang paling tinggi melibatkan Kenderaan Lesen Motor tamat tempoh iaitu 2,457 kes, tiada perlindungan insurans (2,253) manakala sebanyak 1,921 notis dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata bermula hari ini JPJ Terengganu membuka tender bagi nombor plat kenderaan baharu, TCA dan akan ditutup pada 12 tengah hari 3 Sept depan.

Orang ramai yang berminat mendapatkan nombot tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi JPJ Terengganu atau datang sendiri ke pejabat bagi mendapatkan keterangan lanjut. – BERNAMA

Kategori