Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPN Tekad Patah Cubaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertekad mematahkan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di...

Cacing Pita Sepanjang 6.2...

SEORANG lelaki yang mengalami sakit perut tidak menyangka kesakitan berkenaan adalah disebabkan oleh...

Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan...

RATUSAN ribu batu penanda, nisan dan makam yang berselerakan di Wadi Al-Salaam; bermaksud...

JPP PKR Tentukan Nasib Rafizi Tanding Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menentukan nasib Rafizi Ramli sama ada layak atau tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar yang mendakwa, Rafizi boleh menyebabkan penubuhan PKR terbatal berikutan peraturan parti itu yang melarang mana-mana individu disabitkan kesalahan di mahkamah untuk bertanding.

Walau bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, Rafizi tidak bersalah dan boleh bertanding merebut jawatan berkenaan.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) , pasal apa kita nak lihat bagaimana pendaftaran lihat cara mana, sebab Rafizi memanglah sepatutnya tidak dapat disabitkan kesalahan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya.

“JPP ada, dia akan ada jawatankuasa pemilihan pusat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Akhbar The Sun Daily hari ini melaporkan, PKR berdepan kemungkinan dibatalkan jika membenarkan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti kali ini.


Sumber dalaman PKR berkata, Rafizi mendakwa telah diberikan kebenaran khas oleh ROS untuk bertanding.

“Tiada siapa pernah melihat surat yang Rafizi dakwa menerimanya. Jika benar beliau ada surat berkenaan, beliau perlu menunjuknya atau disiarkan untuk pengetahuan umum

“Peraturan parti tidak membenarkan individu yang disabitkan dengan kesalahan untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun perkara berkenaan tidak menghalang Rafizi untuk bertanding,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori