Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth...

LONDON – Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II bakal berlangsung pada 19 September ini,...

PRU-15: PN Tidak Bertanding...

Masjid Tanah : Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding di semua 222 kerusi Parlimen...

HSR Mampu Beri Kesan...

KUALA LUMPUR - Projek penting boleh melonjakkan pertumbuhan pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan...

Agong Sanjung Tinggi, Hargai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Judi: Pertukaran KPD Gombak Perlu Dijadikan Pengajaran

KUALA LUMPUR — Tindakan menukar Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, ACP Ali Ahmad dan beberapa pegawai dengan kadar serta-merta, Sabtu lalu, adalah kerana kegagalan mereka membendung kegiatan judi haram di daerah tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tindakan tersebut tidak terhenti di situ malah akan ada lagi beberapa pertukaran pegawai dan anggota berhubung isu perjudian di daerah lain.

​​​​​​​”Saya sudah beri amaran tentang perkara membabitkan isu membanteras judi​​​​​​​ bukan sahaja di Gombak malah di seluruh negara.

“Arahan demi arahan telah diberi kepada Ketua Polis Negeri, KPD dan pegawai yang bertanggungjawab…sekiranya mereka tidak serius menangani isu judi, kita terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menukar mereka ke daerah lain,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, belum menghadiri Seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden ​​​​​​​di Maktab PDRM, Cheras, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.


Mohamed Fuzi berkata tindakan penukaran serta-merta Ali dan beberapa pegawai kanan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak itu diharap menjadi pengajaran kepada pegawai dan anggota polis yang lain.

“Kalau mereka masih berterusan membiarkan keadaan ini (kegiatan judi haram) berleluasa kami akan mengambil tindakan yang serupa,” katanya.

Berikutan itu, katanya​​​​​​​​​​, beliau akan mengadakan pertemuan dengan 157 KPD daripada seluruh negara ​​​​​​​ di Maktab PDRM Cheras, Isnin ini, yang antara lain membincangkan isu kegiatan perjudian haram.

Sabtu lalu, ​​​​​​​PDRM, dalam kenyataan, mengumumkan Ali dipindahkan ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam sebagai komandan manakala bekas komandan pusat latihan itu, ACP Samsor Maarof dilantik sebagai KPD Gombak yang baharu.​​​​​​​​​​ – BERNAMA

Kategori