Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Majikan Binatang Dera Pekerja...

JOHOR BAHRU - Majikan yang didakwa mendera pekerjanya dipercayai menggunakan objek tumpul dan...

Ketua Pembangkang Bangladesh Dijel...

DHAKA - Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemangku Pengerusi Parti...

Generasi Y Diingatkan Tidak...

KUANTAN - Generasi muda atau Generasi Y diingatkan supaya tidak terlalu emosi dan...

Mahkamah Sivil Sepatutnya Putuskan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini, pada Rabu memutuskan bahawa Mahkamah Sivil ialah...

Jumlah Sitaan Wang Tunai Cecah RM1.47j – SPRM

KUALA LUMPUR –  Jumlah sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu, kini mencecah kira-kira RM1.47 juta.

Jumlah itu bertambah RM280,000 daripada jumlah sitaan wang tunai RM1.19 juta yang diumumkan oleh SPRM, kelmarin.

Penambahan itu adalah hasil rampasan terbaharu oleh SPRM susulan daripada siasatan berterusan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi NSTP, pagi ini mengesahkan perkara itu.

Secara keseluruhan, SPRM kini menyita wang tunai berjumlah RM1.47 juta, tujuh buah kereta, 12 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Tujuh buah kereta terbabit ialah sebuah Volkswagen Golf GTI , tiga buah Honda, dan masing-masing sebuah Subaru Impreza, Toyota Vios dan Perodua Alza manakala 12 motosikal pula terdiri daripada lima buah berjenama Yahama dan selebihnya berjenama Honda.

Menurutnya, kesemua kenderaan dan barangan yang disita itu kini masih dalam proses penilaian harga.


Rabu lalu, akhbar NSTP melaporkan seramai 17 pengawal keselamatan di JPM, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) RM3.5 juta.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP11 hingga KP38 berusia antara 31 hingga 51 tahun yang bertugas di Kompleks B, JPM.

Aset dan wang tunai itu dipercayai hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dipercayai diambil mereka daripada pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sejurus ditahan Selasa lalu, SPRM merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan buah motosikal bernilai RM90,000 daripada semua suspek. – BH ONLINE

Kategori