Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

20 Warga Filipina Dipenjara...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 warga Filipina dipenjara antara dua dan sepuluh bulan...

PM Lancar Blueprint Perumahan...

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan melaksanakan semua projek Rumah Keluarga...

PAS Akan Bekerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS memberi jaminan kerajaan Kelantan dan kerajaan negeri yang turut...

Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion...

PUTRAJAYA - Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan diteruskan dengan peruntukan RM5 bilion...

Jumpa Bom Di Rumah Ustaz

MANILA – Tentera Filipina menahan seorang pendakwah bagi membantu siasatan kes serangan bom yang mengorbankan 11 orang di pulau Basilan minggu ini.

Tentera menyerbu rumah Indalin Jainul atau Ustaz Abdulgani, 12 jam, selepas pengeboman di bandar Lamitan, Selasa lalu.

Menurut jurucakap tentera Gerry Besana, pemberi maklumat memaklumkan tentera, ulama berusia 58 tahun itu tahu bom akan meletup dan membantu militan asing, termasuk dari Malaysia, sampai ke Basilan.

Menurut laporan, sebutir bom ditemui di rumahnya.

Jainul menghadapi tuduhan membunuh dan memiliki bahan letupan secara haram, dakwaan yang dibantah keluarganya kerana dikatakan palsu.

Letupan di pulau Basilan itu berlaku sejurus selepas tentera menahan kenderaan berkenaan dan bercakap dengan pemandu menurut tentera, menggunakan bahasa tidak difahami sebelum dia meletupkan bom dalam kenderaan itu.


Pengeboman menggunakan kenderaan jarang berlaku di Filipina walaupun serangan pemisah dan pengeboman kumpulan pemisah sering berlaku.

Basilan adalah kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf yang terkenal menculik rakyat asing untuk wang tebusan.

Daish mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang mengorbankan lima anggota separa tentera, seorang askar dan empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak, manakala tujuh lagi cedera.

Pemandu van yang membawa peranti itu juga maut. Dia dipercayai meletupkan bom apabila disoal di pusat pemeriksaan. – Reuters/myMetro Online

Kategori