Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kak Pah Punk: BFF...

NILAI persahabatan sukar ditaksir dengan angka material. Orang sekarang menyebutnya sebagai Best Friend Forever...

Angkat Berat Raih Emas...

GOLD COAST - Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad muncul menjadi wira apabila...

Ejen Guna MyKad Daftar...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi digesa membuat pengesahan terperinci mengenai maklumat MyKad yang...

Kes Kematian Akibat Demam...

KUANTAN - Kes kematian akibat demam denggi di Pahang mencatatkan peningkatan hampir 400...

Kad Pengenalan Biru Kepada Permastatutin Tetap Yang Layak

KAMPAR – Pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah serta berstatus pemastautin tetap yang berusia 60 tahun ke atas adalah untuk semua kaum dan bangsa.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pemberian tersebut bukan hanya untuk individu berketurunan India sahaja.

Katanya sangkaan bahawa pemberian tersebut hanya untuk individu berketurunan India mungkin timbul kerana ramai yang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu itu adalah Anggota-anggota Parlimen berbangsa India.

“Semalam kabinet telah menyatakan secara khusus ia untuk semua. Mungkin majoriti kes melibatkan satu kaum namun banyak juga orang Melayu , Cina , Kadazan and Iban memegang kad pengenalan merah,” katanya.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kaunter khidmat rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Awam di sini, hari ini.

Selasa lepas, Dr Mahathir mengumumkan pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf warganegara, sekali gus diberi kad pengenalan biru termasuk 3,407 individu berketurunan India.

Manakala bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegara akan diberi tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara Malaysia.


Menyelesaikan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan dalam masa 100 hari terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan jika berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lepas.

Mengenai cadangan larangan pengambilan tukang masak warga asing, Kula Segaran berkata perbincangan dengan semua pihak masih dijalankan bagi memastikan ia situasi ‘menang-menang’.

“Institut Latihan Belia Negara akan diletakkan di bawah kementerian saya mungkin kita boleh tengok (tenaga pekerja) untuk menolong menjayakan projek tersebut, kita mahu situasi menang menang,” katanya. – BERNAMA

Kategori