Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bunuh Kevin Morais: Pendengaran...

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan enam lelaki yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas...

Aspek Kebajikan Keutamaan Kem....

KUANTAN - Aspek kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya pada permohonan Bajet...

Pesara Kerugian RM30,000 Ditipu...

KUANTAN – Seorang pesara kilang mengalami kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan satu panggilan...

Jerebu P.Pinang: 2 Penerbangan...

GEORGE TOWN - Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)...

“Kami Semakin Hampir Ke Kuala Lumpur”

ALOR SETAR – “Saya dan Krishnan hanya perlu menghabiskan larian sejauh 140 kilometer (km) dalam tempoh tiga hari lagi untuk sampai ke Kuala Lumpur pada malam Khamis ini,” kata Nasir Abas.

Nasir, 63, ketika dihubungi berkata, dia dan rakannya, Krishnan Andy, 61, kini sudah sampai di Bidor, Perak, dan akan meneruskan larian sehingga ke Slim River hari ini.

Katanya, mereka memulakan larian dari Tapah pada jam 8 pagi tadi, menuju ke Bidor sejauh 20 km dan dijangka sampai ke Slim River kira-kira jam 6.30 petang ini.

“Kami lebih bersemangat untuk meneruskan larian kali ini kerana ramai orang memberi sokongan, malah sepanjang kami berhenti rehat ada sahaja yang belanja makan dan mahu bergambar bersama.

“Orang ramai juga banyak memberi sokongan kepada kami supaya meneruskan larian agar misi kami kali ini tercapai,” katanya.

Nasir dan Krishnan melakukan larian sejak 18 Ogos lalu, dari Dataran Bandaraya Alor Setar menuju ke Putrajaya sejauh 550 km yang mengambil masa 12 hari untuk sampai.


Nasir berkata, sebaik tiba di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini, mereka akan berehat dan akan diraikan dalam konsert khas ambang 31 Ogos di Putrajaya dan akan melakukan gimik larian di sana.

Katanya, tidak banyak cabaran yang diharungi ketika melakukan larian kali ini kerana kedua-duanya pernah melalui kawasan yang dilalui dan semuanya tiada sebarang masalah.

“Memang ada jerebu di beberapa kawasan tetapi saya dan Krishnan masih meneruskan larian tanpa memakai penutup muka kerana cuaca dalam keadaan baik malah kami masih boleh berlari.

“Cuma kami perlu banyak minum air untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan dan tidak berpantang dalam soal makanan,” katanya. – BH Online

Kategori