Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jika Mahu Hukum Islam,...

“… ORANG Malaysia yang hendak sangat undang-undang Islam, please la (dipersilakan) pindah ke...

Fajar Kemenangan Islam Semakin...

KUALA LUMPUR - Fajar kemenangan Islam semakin menyinsing di Malaysia melalui kerjasama di...

KP Jakim Dilantik Ahli...

NILAI – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha...

Najib Nasihat Tajuddin Mohon...

Dari Facebook Najib RazakSEBENTAR tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang...

Kapcai Bukan Sebarang Kapcai

MEKANIK motosikal ini mungkin boleh dianggap ‘gila’ kerana nekad mengelilingi negara dengan hanya menunggang motosikal Honda C70.

Rahmadi Laudin, 41, dari Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu, sudah lebih 30 kali berkonvoi di seluruh negara menggunakan motosikal klasik tahun 1970 itu.

Rahmadi atau lebih mesra dipanggil Maa Motor berkata, dia meminati aktiviti berkonvoi motosikal itu sejak berusia 21 tahun.

“Pelbagai kembara dan konvoi bermotosikal yang pernah disertai termasuk Ride To Krabi, Thailand 2013.

“Saya menggunakan motosikal yang diberi nama ‘Ular Katang Tebu’ itu untuk berkonvoi biarpun memiliki enam motosikal lain pelbagai jenis termasuk Honda CB 161 cc.

“Tidak kisah apa tanggapan orang sekeliling dan rakan konvoi mengenai kesanggupan saya membawa motosikal klasik itu kerana ia memberi kepuasan tersendiri,” katanya.

Tambahnya, dia membelanjakan lebih RM10,000 bagi mengubah suai enjin motosikal itu dengan menggunakan barangan alat ganti asli bagi memastikan ia mempunyai kemampuan dan ketahanan seiring dengan motosikal berkuasa sederhana ketika berkonvoi.

“Saya tidak terlalu pentingkan kelajuan motosikal ketika berkonvoi tetapi lebih kepada ketahanan enjin untuk bergerak jauh.

“Biarpun motosikal saya itu terlihat buruk dan sering diperlekeh, namun ahli konvoi motosikal yang pernah berkonvoi bersama sudah sedia maklum dengan kemampuan motosikal itu.

“Paling laju motosikal itu pernah mencecah 140 kilometer sejam (km/j) berbanding kelaziman motosikal kapcai yang hanya mampu bergerak pada kelajuan 90 hingga 120 km/j sahaja,” katanya.


Menurutnya, ramai kenalan yang masih meragui kemampuan motosikal itu meskipun dia sudah menyertai pelbagai aktiviti konvoi menggunakan motosikal itu.

“Justeru, saya tercabar dan ingin membuktikan motosikal klasik mempunyai kemampuan untuk berkonvoi malah prestasinya setanding motosikal baru,” katanya.

Rakannya, Izul Hisham Baharudin, 45, berkata, motosikal Honda C70 biasanya hanya digunakan untuk ubai suai bagi menyertai pertandingan motosikal cantik.

“Motosikal klasik itu memang tidak sesuai untuk digunakan menyertai konvoi jarak jauh kerana kemampuannya yang terhad selain usia motosikal yang sudah lama.

“Bagaimanapun, Rahmadi membuktikan motosikal itu mampu digunakan untuk berkonvoi dan bergerak dalam jarak yang jauh,” katanya.

Menurutnya, dia memang kagum dengan semangat rakannya serta kemampuan motosikal itu dan sepanjang berkonvoi ia tidak pernah meragam dan bermasalah. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori