Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kedai Sembelih, Jual Daging...

KUCHING - Ini bukan premis di China atau Vietnam tetapi berlaku di Malaysia...

597 Murid Dibenar Pulang,...

ALOR SETAR – Seramai 597 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang di sini dibenarkan...

Bot Terbalik: 2 Nelayan...

IPOH - Dua nelayan yang hilang selepas bot mereka terbalik akibat dipukul...

Nafi Kerajaan Pusat Tak...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan...

Karnival IKS Bantu Usahawan Daerah Kerian

PARIT BUNTAR – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu daerah Kerian akan menganjurkan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sebuah pasaraya besar di sini hujung minggu ini bagi memberi peluang kepada para pengusaha memasarkan produk mereka.

Pengerusianya Elias Sarkawi berkata sebanyak 20 buah gerai jualan akan disedaikan kepada para usahawan IKS yang terlibat selama lima hari karnival yang bermula pada 17 Ogos.

“Karnival ini bertujuan memberi ruang kepada usahawan menjual produk IKS kerana banyak produk berkaitan tidak mendapat ruang untuk dipasarkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Elias berkata karnival itu turut mendapat kerjasama Bank Muamalat serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) .

“Kita yakin pengunjung akan mengunjunginya kerana produk IKS sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.


Selain itu Elias berkata pihaknya juga merancang untuk mengadakan Gerbang Malam di sini mulai Oktober depan dengan menyediakan sebanyak 100 petak jualan sebagai antara usaha mencerikan Parit Buntar. – BERNAMA

Kategori