Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Perbaiki Kedudukan

KUALA LUMPUR - Kejayaan Harimau Malaya mencatat kemenangan agregat 12-2 ke atas Timor...

DoJ Kitar Semula Dakwaan,...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk memanggil mana-mana individu...

Keputusan Dulu Hanya Tukar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan macam mana Menteri Pendidikan, Dr....

Keindahan Turki Terletak Pada...

GAZIENTEP (Turki) - Panorama menakjubkan dan bangunan bersejarah Ottoman merupakan ciri-ciri keindahan Turki, tetapi kebaikan hati penduduknya yang...

Kastam Bercadang Kenakan SST Terhadap 4 Lagi Produk

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas empat produk baharu termasuk tiket penerbangan domestik tidak termasuk kawasan luar bandar.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian SST Kuching Noelle Lily Ronald Morse berkata tiga lagi produk ialah hiburan (gaming), perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan elektrik.

Bercakap dalam taklimat ‘Handholding SST’ yang dihadiri kira-kira 1,000 pemain industri di sini hari ini, beliau memberi contoh tiket penerbangan dari Miri ke Mukah tidak akan dikenakan SST namun penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur akan tertakluk cukai itu.

Bagi hiburan (gaming) pula, SST sebanyak enam peratus akan dikenakan di kasino, perjudian menggunakan mesin dan pembelian tiket loteri.

Katanya SST juga akan dikenakan terhadap pembelian peralatan komputer dan elektrik yang penggunaan elektriknya melebihi 600 Kw.

Di samping itu, beliau berkata sektor makanan turut didaftarkan dengan sistem SST sekiranya pendapatan pengusaha melebihi RM500,000 setahun termasuk peniaga kendera saji.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Paddy Abd Halim yang turut hadir menyampaikan taklimat, berkata program tersebut akan diadakan secara berterusan di seluruh negara bagi memberi pendedahan kepada pihak industri berhubung pelaksanaan SST.


“Program ini juga memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan persekutuan mahupun negeri serta agensi-agensi berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang akan ada hubung kait dengan layanan SST,” katanya.

Pelaksanaan SST 2.0 adalah untuk menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dan kini dalam proses pemansuhan di Dewan Rakyat.

SST 2.0 dijadualkan diperkenalkan pada 1 Sept tahun ini dan mekanismenya serta undang-undang mengenainya akan dibentangkan untuk diluluskan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang. – BERNAMA

Kategori