Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

EU Tarik Balik Sekatan...

RASMI... Kesatuan Eropah (EU) terdiri Parlimen, Majlis Eropah dan Suruhanjaya Eropah mencapai kata...

Maulidur Rasul 2016 Disambut...

KUALA LUMPUR - Hujan renyai di beberapa kawasan di seluruh negara tidak menghalang...

Laluan Batang Kali-Genting Highlands...

KUALA LUMPUR - Laluan Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor,...

Itali Tahan Lima Penyokong...

ROME - Polis Itali menahan lima penyokong Eintracht Frankfurt selepas berlaku pergaduhan berhampiran...

Kastam Jalin Kerjasama Bistari Banteras Penyeludupan

TAWAU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuka ruang untuk menjalin kerjasama bestari dengan agensi lain sebagai usaha membanteras penyeludupan di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata kerjasama semua pihak itu penting untuk bersama-sama mengekang aktiviti penyeludupan.

“Negeri Sabah dikelilingi lautan luas dan pesisir pantai sepanjang 2,345 kilometer dan dikawal 150 pegawai penguatkuasaan, sebab itu sekiranya mana-mana pegawai agensi lain atau orang awam mengetahui berlakunya aktiviti penyeludupan mohon maklum kepada pejabat Kastam berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas program Kayuhan Amal Kastam di sini, hari ini.

Program sempena Hari Kebangsaan itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata pihaknya merekodkan 113 tangkapan kes minuman keras dengan anggaran nilai cukai rampasan RM1,009,167.85 bagi tempoh Januari hingga awal Ogos ini.

“Kastam juga membuat 422 tangkapan kes rokok bernilai RM8,517,157.70 bagi tempoh sama,” katanya dan turut menasihat warga jabatan supaya berani dan kental mental dalam berhadapan cabaran mencegah penyeludupan termasuk memungut cukai.

Sementara itu, Jaujan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada agensi dan jabatan kerajaan dalam membangunkan negara seiring dengan usia terbentuknya Malaysia.


“Rakyat perlu fahami fungsi setiap jabatan kerana jabatan ini juga ‘rakyat’ yang mahu melihat keamanan negara dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial berterusan,” katanya lagi.

Program Kayuhan Amal Kastam itu disertai 308 peserta dengan acara pelepasan kayuhan pada pukul 8.00 pagi ini.

Jaujan dalam ucapannya memuji usaha Kastam melaksanakan program sedemikian yang memupuk semangat kesukanan selain menjadi platform penyatuan kepada masyarakat majmuk di negeri ini.

Program itu turut menyasarkan sumbangan amal dan diserahkan kepada Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Tawau serta Sekolah Tahfiz Bombalai. – BERNAMA

Kategori