Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kristen Stewart Berimej Baru,...

PELAKON yang popular dengan watak Bella Swan dalam siri filem Twilight, Kristen Stewart...

Cerita 8 Pengebom Berani...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu hari ini memberi amaran kepada pengguna media...

Legenda Bola Sepak Negara...

MENERUSI Program Umrah Penggiat Seni, lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Abu Bakar,...

Abu Mayat Kapt. Eugene...

SEREMBAN - Abu mayat juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Eugene Choo...

Kastam Sabotaj Najib Isu Cincin RM24 Juta?

TULAR… Pendedahan ini bukan dibuat oleh calang-calang orang malah individu ini diketahui amat rapat hubungan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri sejak sekian lama.

Justeru satu rakaman video berhubung pendedahan yang dibuat Tan Sri Abu Kassim Mohammad mengenai isu cincin RM24 juta kini mula tular mendapat perhatian ramai setelah pernah menjadi tanda tanya rakyat sebelum ini.

Menurutnya, pihak Kastam-lah yang bocor dan edar dokumen yang dikenali sebagai Borang Kastam kepada pihak tertentu untuk disalahgunakan bagi misi fitnah jahat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Isu cincin konon dibeli Rosmah pernah hangat apabila dibawa masuk pada 16 April 2011 bagi dilihat secara tertutup oleh ibu menantunya masa persiapan pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.

Bagaimanapun cincin itu kemudiannya dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei 2012 tetapi ia menjadi bahan kempen pihak Pakatan Harapan (PH) ketika itu dalam siri hasut rakyat.

Ia dieksploitasi bagi masyarakat percaya bahawa Najib dan keluarga konon telah berbelanja terlalu mewah dengan guna wang rakyat walhal cincin tersebut hanya dipinjamkan buat sementara waktu sebelum dipulangkan balik.

Malah isu fitnah ini berterusan ‘dijaja’ dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan juga ke-14 sehingga berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk PH pula dapat mengambil alih pentadbiran negara.

Abu Kassim menyebut menerusi video lama berkenaan bahawa jentera propaganda PH sebenarnya hanya berniat jahat memainkan separuh cerita isu cincin tersebut dengan mengatakan bahawa konon ia kepunyaan Rosmah.

“Walhal cerita sepenuhnya ialah ia bukan pun kepunyaan Rosmah dan beliau tidak pernah memiliki ataupun membelinya. Cincin itu hanyalah untuk ditontonkan dan diterbangkan balik ke New York,” jelas beliau lagi.


Mengulas lanjut Abu Kassim juga mendedahkan bahawa punca Najib sengaja disabotaj oleh pihak Kastam adalah kerana SPRM secara kebetulan telah menyiasat sendiri isu pegawai Kastam berkaitan dengan kes RM3 bilion.

Pihak Kastam kemudian mendesak dan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara pada masa itu agar kes tersebut diberikan pengecualian terhadap mereka, namun Abu Kassim menasihati Najib agar tidak terlibat.

Ini ujarnya untuk menjaga dan mempertahankan identiti serta tindakan SPRM yang tegas terhadap mereka. Abu Kassim seterusnya menjelaskan bahawa Najib enggan berkerjasama mahupun berjumpa dengan pihak Kastam.

Ini mengakibatkan pihak Kastam bangkit marah dan terus mendedahkan serta mengedarkan dokumen tersebut kepada pihak yang tertentu dan kemudian jatuh ke tangan jentera kempen PH untuk dijadikan bahan eksploitasi.

“Dokumen kastam yang diedarkan itu memberi tanggapan salah, seolah-olah Rosmah pula yang mengimport cincin tersebut untuk membelinya sendiri. Sebaliknya, cincin itu tidak dibeli pun dan dihantar balik ke New York.

“Ia juga bukan Rosmah yang ingin tonton cincin tersebut tetapi adalah keluarga menantunya dari Kazakhstan,” jelas Abu Kassim melalui rakaman video tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori