Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Terengganu Gesa Kaji Royalti...

MARANG - Kerajaan negeri akan mengkaji keputusan kerajaan persekutuan memberi royalti 20 peratus...

Tambang E-hailing Cekik Darah,...

PETALING JAYA: Perkhidmatan e-hailing ketika ini didakwa menaikkan kadar tambang melampau yang semakin...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan...

Yadim Bakal ‘Lari’ Daripada...

PAS menyifatkan penstrukturan baharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di bawah Pakatan Harapan...

Gunung Pulai Ada Potensi Jadi Destinasi Pelancongan

ALOR SETAR – Kawasan Gunung Pulai di Baling berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di negeri ini berikutan terdapat beberapa gua yang menarik di sana.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri mengesyorkan pihak Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) Holdings Sdn Bhd supaya tidak meneruskan projek kuari di gunung itu.

“YB (Yang Berhormat) Ooi Tze Min (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar) melawat tempat itu (Gunung Pulai), dan laporan daripada beliau tadi dalam Mesyuarat Exco mengesahkan tempat itu cantik, ada beberapa gua yang mana sesuai untuk pembangunan pelancongan.

…jadi kita akan mempertimbangkan (untuk pembangunan pelancongan kawasan Gunung Pulai),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Dalam Talian Syariah, dikenali sebagai ‘myReCourt’ (My Registration Court) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mukhriz berkata bagaimanapun usaha ke arah itu memerlukan kajian lebih terperinci termasuk perbincangan lanjut bersama pihak Yiked.

Ahad lepas media melaporkan lebih 300 penduduk yang menetap di Kampung Pulai, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang yang mewakili lebih 1,000 penduduk di situ membantah projek kuari di sekitar Gua Kelambu di gunung itu.


Penduduk juga mendakwa kegiatan kuari berkenaan akan memusnahkan lokasi bersejarah di Gunung Pulai serta alam sekitar yang terdapat di gua-gua berhampiran termasuk Gua Sirih, Gua Kambing, Gua Pari dan Gua Harimau yang menjadi tarikan pelancong dan sukan ekstrem selain memberikan ancaman kepada kesihatan serta keselamatan penduduk.

Ooi dalam laporan media selepas melawat dan meninjau kaki Gunung Pulai, Ahad lepas itu dipetik sebagai berkata projek itu melibatkan dua syarikat lain dan bukan hanya Yiked Holdings Sdn Bhd. – BERNAMA

Kategori