Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Nur Afini Selamat...

TAMPIN - Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau...

JPJ Perkenalkan Majalah ‘Buletin...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengedarkan 50,000 naskah majalah mengenai...

Pengkelasan B40, M40, T20...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai...

Foto Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk...

DISEBABKAN elemen unik dan humor, satu imej memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang...

Kayuhan MEX Pertama Tarik 1,800 Peserta

KUALA LUMPUR – Acara berbasikal “”Kayuhan MEX 2018” yang pertama kali diadakan pada 12 Ogos depan menarik seramai kira-kira 1,800 pelumba basikal untuk merebut gelaran sulung ‘Raja MEX’ (Maju Expressway).

Pengarah Urusan Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, Mohd Faiq Abu Sahid berkata mereka terdiri daripada peserta tempatan dan luar negara, termasuk dari Asia Tenggara dan Eropah, yang akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu 90km, 45km ‘kayuhan ria’ dan 45km ujian masa berpasukan.

Perlumbaan yang bermula dan tamat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan (arah selatan) itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000, serta jersi ‘Raja Bukit’.

“Buat kali pertamanya MEX akan ditutup untuk acara lumba basikal, jadi para peserta telah bersedia untuk menakluk lebuh raya itu dan tidak sabar merebut gelaran juara yang pertama. Acara itu akan menjadi sumbangan Maju Group sebagai warga korporat bagi menyokong pembangunan sukan berbasikal dan gaya hidup sihat​​​​, ” katanya pada sidang media untuk memperkenalkan acara tersebut di sini hari ini.

Mohd Faiq juga meminta pengguna MEX menggunakan jalan alternatif​​​​​​​ untuk ke destinasi masing-masing pada hari perlumbaan itu kerana lebuh raya MEX akan ditutup dari 6 pagi hingga 12 tengah hari pada hari itu.


Pelepasan peserta dijangka akan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juara dunia keirin 2017 Mohd Azizulhasni Awang dan , tambah beliau lagi. – BERNAMA

Kategori