Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Pembesar Suara: Penyokong...

KOTA SAMARAHAN - Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat...

Zaid Ibrahim: Komennya Kini...

DATUK Zaid Ibrahim antara ahli pilitik jenama katak. Dia melompat parti sana-sini. Google...

Tentera Zionis Tembak Bilik...

GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bilik hospital, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan...

Pengantin Pakai Gaun Kahwin...

BEIJING - Seorang pengantin perempuan memakai gaun perkahwinan sepanjang 4.8 kilometer (km) dalam...

Kealpaan Guna Mesin Deposit, Lelaki Hilang RM4,900

KOTA BHARU – Seorang pembantu am merayu individu yang mengambil wang miliknya sebanyak RM4,900 ketika berurusan di sebuah mesin deposit sebuah bank di Jalan Pintu Pong di sini, agar mengembalikan wang berkenaan kepadanya.

Omar Mohd Nor, 45, dari kampung Kedai Buloh di sini, berkata kejadian berlaku pada pukul 10.20 pagi 6 Ogos lalu ketika beliau cuba memasukkan sejumlah RM5,000 ke akaunnya bagaimanapun sekeping wang kertas bernilai RM100 gagal diproses.

Selepas mengambil wang RM100 itu dan menyangka RM4,900 lagi sudah selesai dideposit, beliau meninggalkan mesin deposit berkenaan tanpa menyedari proses transaksi itu belum selesai kerana kealpaannya tidak meneruskan arahan berikutnya yang tertera pada skrin mesin deposit berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.

Omar berkata beliau menyedari wang itu gagal didepositnya selepas memeriksa akaunnya pada keesokannya dan pihak bank juga mengesahkan tiada sejumlah wang itu didepositkan ke dalam akaun tersebut.

Beliau mengesyaki wang tersebut kemungkinan diambil oleh individu yang berada di belakangnya ketika beratur untuk menggunakan mesin tersebut.

Beliau membuat laporan polis pada 12 Ogos supaya siasatan dilakukan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengenal pasti suspek yang mengambil wangnya. .


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk melihat rakaman CCTV di bank berkenaan bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab. – BERNAMA

Kategori