Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Telan 40 Bilah...

MENGEJUTKAN….seorang lelaki, Jarnail Singh, 42 tahun, terpaksa dibedah selepas dia menelan pisau disebabkan...

Cadangan Guna Tandas OKU...

KUALA LUMPUR - Cadangan agar golongan transgender menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan...

Kerajaan Selangor Disifatkan ‘Penghapus’...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor disifatkan sebagai ‘penghapus’ etnik Bugis oleh Persatuan Anak...

PDRM Kaji Ekstradisi Anggota...

KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya...

Kebebasan Harus Berlandaskan Perlembagaan Negara

JOHOR BAHRU – Hak kebebasan seperti beragama dan bersuara perlu digunakan mengikut peruntukan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata makna kebebasan itu perlu diamalkan dalam konteks yang betul mengikut undang-undang dan bukan di luar kebiasaan.

“Kalau perbuatan itu di luar kebiasaan atau di luar tabii, itu bukan kebebasan…apabila kebebasan dibuat bertentangan dengan undang-undang, itu bukan kebebasan…itu juga bukan kebebasan dalam konteks kemerdekaan.

“…kerana yang menjadi hak itu tetap menjadi hak, tidak akan luntur sebaris dengan peruntukan Perlembagaan negara kita,” katanya pada majlis Mesra Simfoni Kasih Pertiwi di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor di sini, malam ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Johor Abdull Hadi Mohd Yusoff dan Lt Komander (B) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohamed Sharif Kalam, 81, yang merupakan antara tiga wira ditugaskan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee berharap Jabatan Penyiaran Johor meneruskan aktiviti turun padang bagi menyampaikan informasi yang sahih kepada rakyat sesuai dengan cabaran maklumat palsu masa kini.


“Saya berharap Jabatan Penyiaran Johor dan juga RTM Johor dapat menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyampaikan misi dan visi kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Majlis Mesra Simfoni Kasih Pertiwi yang disertai lebih 100 warga jabatan itu bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dengan mengenang kembali pahlawan yang mempertahankan tanah air serta persembahan nyanyian berunsurkan semangat patriotik.

Ini merupakan kunjungan kali pertama Eddin Syazlee ke jabatan itu selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 2 Julai lepas. – BERNAMA

Kategori