Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Redza Minhat Sindir Hafiz...

PELAKON Redza Minhat baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter seolah-olah memerli...

Ibu Bunuh Anak Sebagai...

BAJA CALIFORNIA, Mexico – Seorang ibu yang tidak berperi kemanusiaan di sini dihukum...

Terengganu Mansuh Larangan Penjualan...

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri membuat keputusan memansuhkan larangan penjualan padi ke negeri...

Kroni Mahathir Bongkar Kisah...

BAGI generasi yang lahir pada 1990-an, kisah jutawan Melayu kelahiran Kedah ini, Tan...

Kejayaan KD Lekiu Sertai RIMPAC Bukti Keupayaan Tempur TLDM

KOTA KINABALU – Kejayaan KD Lekiu menyertai latihan maritim terbesar, Rim of the Pacific (RIMPAC) 2018 di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat, membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan tempur Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), kata Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Beliau berkata, pelayaran fasa laut selama 22 hari itu melepasi standard pengoperasian yang ditetapkan bagi KD Lekiu iaitu 21 hari.

“Latihan ini menguji kesiapsiagaan kapal serta krew KD Lekiu apabila belayar tanpa ulang bekal di pelabuhan dan hanya melaksanakan pengisian minyak di laut sebanyak enam kali.

“Ini jelas membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai oleh TLDM. Saya mewakili warga Armada Timur mengucapkan tahniah kerana KD Lekiu bersama 145 anggota yang berpangkalan di Lumut sebagai pasukan TLDM yang pertama mengikuti RIMPAC,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kapal berkenaan di pangkalan Armada Timur di sini hari ini.

Beliau berkata KD Lekiu yang tiba di pelabuhan berkenaan kira-kira pukul 6.00 pagi ini akan berehat selama beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut pada 27 Ogos ini.

Abdul Rahman berkata RIMPAC telah memberi impak yang besar kepada TLDM dalam mengukuhkan hubungan ketenteraan dan persahabatan dengan kesemua negara yang terlibat.

“Kita yakin latihan ini juga memberi pengalaman dan peluang kepada semua warga KD Lekiu untuk mempelajari ilmu pengetahuan, prosedur termasuk bagaimana tentera laut asing melaksanakan latihan,” tambahnya.

KD Lekiu mula belayar sejauh 6,628 batu nautika bermula 25 Mei lepas dan tiba di Amerika Syarikat pada 25 Jun sebelum menyertai latihan itu hingga 29 Julai.


Latihan anjuran Tentera laut Amerika Syarikat yang diadakan dua tahun sekali bermula sejak 1971, turut melibatkan 25 negara termasuk Kanada, Australia dan Vietnam.

Latihan berkenaan turut melibatkan 46 kapal, lima kapal selam, 18 angkatan tentera darat, 29 pesawat rondaan maritim, 200 pesawat pejuang dan helikopter yang disertai lebih 25,000 anggota dari negara berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Lekiu Komander Suhaimi Jumahat berkata banyak pengalaman berharga yang diperoleh semasa latihan berkenaan.

“Semasa latihan itu kita dapat mempelajari banyak perkara yang kita belum pernah tahu sebelum ini. Walaupun kali pertama menyertai RIMPAC KD Lekiu telah diberi kepercayaan untuk Pegawai Pengendali Siri latihan kapal selam, latihan manuvra, dan peperangan permukaan yang turut melibatkan penembakan meriam utama kapal.

“Ianya berjaya menguji tahap keupayaan Pasukan Pusat Informasi Tempur dalam melaksanakan latihan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori