Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Isu Gaji Minimum: Pemimpin...

SENYAP... Ke manakah pergi ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulu cukup lantang...

Melaka Rangka SOP Pengoperasian...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka sedang merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengoperasian...

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya,...

Penyokong BN & NGO...

JELEBU - Lebih 200 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)...

Kekalkan Keharmonian Demi Kemajuan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pentadbiran Kerajaan Negeri PAS Terengganu akan terus mengekalkan prinsip menjaga keharmonian tanpa mengira latar belakang ideologi politik, kaum mahu pun agama agar segala perancangan memajukan negeri ini berjalan lancar.

Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri berkata prinsip politik matang akan terus dilaksanakan bagi memastikan segala perubahan dan perancangan yang ingin dibawa PAS ke Terengganu termasuk melaksanakan 20 janji manifesto Pilihan Raya Umum 2014 (PRU) dapat dilaksanakan.

“Apa yang hendak dilaksanakan ini tidak akan berjaya sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati ekoran berlaku ketidakadilan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog Bersama Media Terengganu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, bagaimanapun berkata tidak mudah untuk mengamalkan politik matang terutama melibatkan penduduk kampung.

Justeru katanya, beliau mahu pemimpin negeri, terutama exco-exco, anggota Majlis Komuniti dan Keselamatan (MPKK) memainkan peranan masing-masing dan menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat khususnya dalam melaksanakan janji manifesto yang akan dilakukan secara berperingkat.


“Bagi melaksanakan janji manifesto, dua jawatankuasa telah ditubuhkan dan setakat ini satu daripada manifesto iaitu melaksanakan pemberian tanah kepada rakyat sedang dilaksanakan,” katanya.

Kira-kira 150 pengamal media Terengganu dari pelbagai agensi dari BERNAMA, Kumpulan New Straits Times, Sinar Harian, Harakah dan agensi berita Kerajaan Negeri, Urusetia Penerangan Darul Iman hadir pada majlis itu. – BERNAMA

Kategori