Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Royalti Minyak: PAS Terengganu...

KUALA LUMPUR - PAS Terengganu mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul...

Dirogol Bergilir-Gilir, Dipukul Sebelum...

KAJANG - Akibat terlalu percayakan teman lelaki, seorang pelajar tingkatan empat di sebuah...

APMM Patah Cubaan Seludup...

ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira...

Kisah Lyna: Pemburu Kerjaya...

SEJAK kerja di Unit Kenderaan di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, Lyna sentiasa...

Keluarga Pemangkin Utama Penembak Muda, Wei Jin

PALEMBANG – Sebuah keluarga yang menembak bersama sentiasa akan tetap bersama!

Ia adalah perumpamaan yang sempurna bagi menggambarkan keluarga penembak muda, Eng Wei Jin.

Bapanya yang juga jurulatihnya, Eng Ching Boon, ibu Peck Geok Hui serta kakaknya Eng Wei Xin sentiasa menemani penembak berusia 16 tahun itu dalam semua pertandingan yang disertai belau sejak empat tahun lepas.

Keluarganya merupakan motivasi terbesar bagi anak kelahiran Johor Bahru itu, bertindak sebagai peminat dan pengkritik nombor satu sejak beliau mula terlibat dalam sukan menembak pada usia 12 tahun, tiga tahun sebelum muncul juara paling muda dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA ).

Beliau meraih emas dalam acara double trap individu lelaki kejohanan itu di Subang tahun lepas.

“Ia merupakan sokongan yang sangat penting untuk mempunyai keluarga anda bersama…Mereka bersama saya ketika saya memerlukan mereka, saat saya jatuh atau bersedih serta sentiasa ada untuk menjadikan semuanya lebih mudah.

“Ia adalah seperti motivasi apabila mereka di sini untuk menyokong dan memberi saya motivasi…Jika saya tidak menembak dengan baik, mereka berada di sini untuk menyokong, membimbing serta membantu saya untuk menembak dengan lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Pelajar Marlborough College Malaysia (sekolah antarabangsa) di Johor itu akan membuat kemunculan Asiad beliau dalam acara double trap lelaki pada Khamis di Padang Sasar Pusat Sukan Jakabaring di sini.

Untuk penampilan yang lebih bermakna, Wei Jin telah hilang kira-kira 10kg melalui latihan di gim dan diet yang betul selepas kemunculan beliau pada Sukan SEA tahun lepas, sebagai usahanya meningkatkan stamina dan ketepatan dalam acara double trap lelaki yang mencabar apabila kedua-dua sasaran (cakera liut) dikeluarkan secara serentak.

Beliau bakal berhadapan dengan ramai pencabar hebat antaranya pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2017 dan pemenang utama Piala Dunia Ankur Mittal dari India.

Sementara itu, ibunya Geok Hui berkata seluruh anggota keluarga memilih untuk menemani remaja tersebut agar dapat menjaganya sendiri dan memberinya keselesaan.


“Kami rasa kami perlu untuk bersama Wei Jin kerana dia masih muda dan memerlukan jagaan kami. Beliau hanya berusia 12 tahun ketika mula mengikuti ayahnya untuk belajar menembak, terlalu muda pada waktu itu,” katanya.

Profil

Nama: Eng Wei Jin

Tarikh Lahir: 4 Julai 2002

Asal: Johor Bahru

Hobi: Bermain permainan video dan menembak

Makanan Kegemaran: Steak

Pendidikan: Tingkatan Empat di Marlborough College Malaysia

Idola: Pemegang Pingat Gangsa Sukan Olimpik 2012 di London Vasily Mosin from Russia. – BERNAMA

Kategori