Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Pengusaha Stesen...

LUAHAN dari sahabat pengusaha stesen minyak…(dihantar melalui email kepada pihak Mynewshub, penulis merayu...

Lelaki British, Isteri Diculik...

MANILA - Seorang lelaki British berusia 70 tahun dan isterinya warga tempatan yang...

Rizab BNM ‘Lesap’ RM30...

MERUDUM... Impian rakyat untuk gembira saksi ekonomi negara ini mampu diurus baik di...

Kereta Berisi Syabu RM17.8...

PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas sebuah kereta...

Kematian Jurutera Tiada Unsur Jenayah

DUNGUN – Seorang jurutera di sebuah syarikat penyenggaraan Industri pemprosesan minyak di Kemaman ditemukan mati berhampiran kediamannya di Kampung Nyior, Bandar Paka, malam tadi.

Mayat Juriza Muda , 36 , ditemukan dalam keadaan terbaring di atas tanah bersebelahan kereta miliknya pada pukul 9.30 malam oleh dua orang anggota polis dari Balai Polis Paka yang sedang melakukan rondaan sekitar kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika mengesahkan menerima laporan berkenaan memberitahu lelaki yang berasal dari Kuala Berang itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya selepas bermain badminton.

Menurut Baharudin, pada awalnya, anggota polis melihat kereta yang dipandu mangsa berada di dalam keadaan yang mencurigakan dengan lampu dan pintu terbuka .

“Mereka kemudiannya menghampiri kereta tersebut dan melihat satu jasad di atas tanah bersebelahan sebuah pagar rumah yang dalam proses pembinaan tidak jauh dari kediaman mangsa,” katanya.


“Isteri mangsa kemudian telah mengesahkan bahawa jasad yang terbaring itu adalah mayat suaminya, dan menyatakan suaminya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan serta tidak menunjukkan sebarang tanda dia mempunyai penyakit,” ujarnya.

Menurut Baharudin, pemeriksaan lanjut terhadap mayat lelaki tersebut tidak menemui sebarang unsur – unsur jenayah, dan mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Kategori