Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anak Pegawai Polis Bebas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang...

Marcote Yakin Bawa Lang...

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno begitu teruja untuk membawa...

Kes Bapa Dera Anak...

BUTTERWORTH - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 25 Jun depan untuk perbicaraan kes...

Fifie Terlepas Aksi Luar...

PELUMBA wanita, Siti Norafizah Mohamad bakal terlepas aksi Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM...

Kembara Proton 1-Tangki Buktikan Penjimatan Petrol

KUALA LUMPUR – Pernah terfikir sejauh mana kereta anda mampu pergi dengan setangki penuh isian petrol ?

Menerusi program Kembara Proton Satu-Tangki 2018 siri destinasi zon utara baru-baru ini, pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) membuktikan model keretanya menawarkan tahap penggunaan bahan api yang efisien dan mampu bergerak sejauh 640 kilometer (km).

Kembara dua hari merentasi empat negeri bermula 31 Julai itu melibatkan 36 peserta memandu dari Seberang Jaya – Kuala Perlis – Alor Setar – Ipoh dan kembali ke Seberang Jaya.

Ia bertujuan menguji kemampuan tiga jenis model — Proton Saga 1.3 dengan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT), Proton Iriz 1.3 CVT dan Proton Persona 1.6 CVT.

Berdasarkan keputusan pertandingan, purata penggunaan bahan api bagi peserta yang memandu Persona dengan isian petrol 40 liter adalah 18.42 km setiap liter (km/l) manakala Iriz (18.12 km/l) dan Saga (19.46 km/l).

Berkongsi pengalaman memandu kenderaan Proton, peserta kategori Persona Ku Mohd Azri Ku Azizan, 28, menafikan stigma jenama keluaran nasional itu tidak menjimatkan petrol.

“Sepanjang dua tahun saya pakai Proton memang tak ada masalah, penggunaan petrol adalah sangat baik terutamanya model Iriz dan Persona. Saya berulang ke tempat kerja lebih kurang 100 km hanya dengan kos petrol kira-kira RM20 sehari.

”Walaupun memandu tidak lebih 80 km sejam dan 90 peratus perjalanan tanpa penghawa dingin dalam kembara ini, ia perkara yang menarik untuk mengetahui keupayaan sebenar kereta saya sejauh mana ia mampu bergerak dengan hanya satu tangki petrol ,” katanya.

Peserta kategori Saga, Mohamad Izaaz Naiim Safri, 25, pula berkata harga model kereta sedan itu yang berpatutan menarik beliau untuk menjadikan Saga sebagai kereta pertamanya tiga tahun lalu.


“Apabila memilih kereta pertama tentunya faktor harga dan komitmen menjadi pertimbangan. Jadi ini merupakan kereta mampu milik yang amat berbaloi mamandangkan prestasinya amat memuaskan,” katanya.

Peserta kategori Iriz, Muhammad Hamizi Merican, 28, pula berpendapat cara pemanduan, penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan memainkan peranan utama dalam penjimatan petrol.

“Pada saya penjimatan petrol bukan bergantung kepada model kereta apa yang kita pandu semata-mata. Saya yang selalu memandu dalam perjalanan jauh secara santai merasakan Proton Iriz amat jimat petrol dan berbaloi,” katanya.

Selain siri kembara di zon utara, Proton turut menganjurkan program sama di Lembah Klang (17-18 Julai), Kuala Terengganu (21-22 Julai), Inanam, Sabah (24-25 Julai) dan Pasir Gudang (28-29 Julai).

Cabaran peringkat akhir akan dipertandingkan pada 11 dan 12 Ogos ini bermula di Johor dan tamat di Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori