Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Remaja OKU Maut Jatuh...

SEORANG remaja kurang upaya (OKU), Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, maut selepas jatuh dari...

Pegawai JKM Tak Setuju...

KUALA LUMPUR : Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, memberitahu Mahkamah...

Operasi Khas Samseng Jalanan...

JOHOR BAHRU : Polis mengeluarkan 2,350 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi...

Ada 40% Semut Pemalas,...

WASHINGTON DC - Semut dikenali sebagai haiwan yang selalu bekerja keras dalam menjalankan...

Kemenangan PAS, MCA Dalam PRK Sangat Mustahak

SHAH ALAM – Suara pembangkang walaupun cuma seorang amat penting dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menjadi suara rasmi rakyat sebagai `check and balance’ terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor keatas negeri ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim berkata, kemenangan PAS dan MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong amat mustahak bagi memastikan negeri ini dipandu dan dibawa ke arah jalan yang benar serta berintergriti.

“Isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan Islam sering berlaku di Selangor, maka ADUN pembangkang khasnya daripada PAS mampu memainkan peranan menjadi wakil kepada kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.

“Sebagai contoh Selangor adalah negeri paling kaya di negara ini, sudah tentu ia menjadi lubuk emas bagi sesetengah ahli politik yang berkepentingan kebendaan untuk merebut habuan loba kekayaan daripada menjadi pemegang amanah rakyat.

“Kekhuatiran sikap loba ahli politik kebendaan ini akan dipantau dan disemak secara telus dan proaktif oleh ADUN PAS selaku sebahagian pembangkang agar salahlaku ini tidak mengambil tempat secara rakus di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Terdahulu, Muhammad Najhan menerangkan, Selangor ketika ini oleh PH dan terdapat cuma seramai lima ADUN pembangkang yang seorang daripadanya adalah PAS dan yang lainnya adalah BN.

Menurut beliau, jumlah lima ADUN pembangkang di Selangor amat kecil berbanding seluruh ADUN PH seramai 51 orang yang menguasai kerajaan Selangor dan DUN, maka kemenangan PAS dan MCA bakal memperkuatkan lagi suara pembangkang dalam DUN. – MYNEWSHUB.TV

Kategori