Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

LZS Lancar Kempen Tambah...

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen 'Tambah Caruman...

Pondok Telefon Awam New...

NEW YORK – Tidak seperti zaman datuk, bapa dan golongan lahir sebelum 1990-an,...

Azmee Elias Yang Hilang...

JOHOR BAHRU - Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, yang hilang sejak...

Menarik… Aiskrim Emas Dijual...

SIAPA sangka, emas yang kebiasaannya dijadikan barangan perhiasan rupa-rupanya boleh dimakan. Buktinya, pelbagai restoran mewah...

Kementerian Kewangan Jawab Isu LHDN Esok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi esok (Khamis) berhubung laporan sebuah media tempatan yang mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhutang sebanyak RM10 bilion kepada rakyat.

Timbalan Menteri Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kenyataan itu akan hanya dibuat selepas kementerian berkenaan dapat mengesahkan kesahihan laporan tersebut serta jumlah terbabit.

“Kita perlu mengesahkan sama ada betul atau tidak laporan RM10 bilion itu tidak dikembalikan. Mungkin ada alasannya,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan bertarikh 14 Ogos 2018 bertajuk “LHDN ‘Berhutang’ RM10 bilion dengan rakyat?” dan hari berikutnya bertajuk “LHDN ‘Hutang’ RM10B?”.

Sementara itu, LHDN yang juga agensi di bawah Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berasingan hari ini menjelaskan, setiap cukai yang terlebih bayar akan di proses dan dibayar balik kepada pembayar cukai berdasarkan kepada Rangka Kerja Pungutan bertarikh 20 April 2016 yang boleh diakses melalui Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

Menurut Piagam Pelanggan LHDNM, bayaran balik yang tidak memerlukan semakan audit cukai akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja bagi boring nyata cukai pendapatan (BNCP) yang dikemukakan secara e-Filing, manakala 90 hari bekerja bagi BNCP yang dikemukakan secara borang kertas (manual). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

Kategori