WALAUPUN tiba di Juventus dengan status sebagai bintang dunia dan menjadi legasi sebagai salah seorang pemain terbaik, Cristiano Ronaldo tidak lari daripada bergelar sebagai ‘pemain baharu’.
Pemain kelahiran Portugal itu bangkit di hadapan semua rakan sepasukan baharunya pada Jumaat malam untuk menyanyikan lagu.
Ia merupakan sebahagian daripada prosedur ‘selamat datang’ yang perlu dilalui oleh pendatang baharu.
Ronaldo tidak terkecuali tanpa layanan istimewa juga perlu menyanyi bersama pemain yang baru ditandatangani di kelab itu, Joao Cancelo, Mattia Perin dan Emre Can.
Bukan setakat menyanyi, malah mereka perlu melakukannya sambil berdiri di atas kerusi, di hadapan semua pemain dan kakitangan jurulatih Juventus.
Mengambil tanggungjawab itu, Ronaldo tampil sebagai pemain yang pertama berdiri di atas kerusi sebelum memulakan nyanyian.
Pemain berusia 33 tahun itu memilih lagu klasik rock dari negara kelahirannya yang merupakan kumpulan terkenal di Portugal, Xutos e Pontapés. – Mail Online UK/mStar Online