Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Kemuka Dokumen...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah...

Kamera Belakang iPhone 6...

Apple yang telah memperkenalkan dua telefon pintar iPhone 6 pada minggu lepas, dimana...

Remaja Jumpa Serpihan Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian...

Suasana Pilu Sambut Jenazah...

IPOH - Suasana pilu menyelubungi sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di...

Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT?

PADA saya pendirian Islam jelas, tiada siapa larang hak pendidikan atau kesihatan warga Malaysia. Apakah golongan LGBT ini dilarang ke sekolah?

Apa yang kita tegaskan adalah larangan pengiktirafan mereka melakukan amalan terlarang secara terang-terangan. Pemahaman tentang larangan melakukan perbuatan LGBT ini turut disokong dengan tindakan Rasulullah ﷺ.

Berhubung perlakuan LGBT ini, Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan terkutuk ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda dalam hadith riwayat Imam Ahmad:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

Maksudnya: Allah SWT melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth.

Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah SAW tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini.

Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini. Malah para sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW turut berfahaman bahawa LGBT ini adalah perlakuan yang terlarang.

Juga al-Imam al-Syaukani dan al-Baihaqi meriwayatkan hukuman keras yang dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidhin terhadap mereka yang mengamalkan hubungan songsang seperti LGBT ini.

Menurut ulama kontemporari, Yusuf al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat daripada budaya yang tidak sihat.


Bahkan perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram fil Islam)

Rasulullah, para sahabat dan sarjana Islam terdahulu sehinggalah kini berpandangan bahawa konsep hubungan sejenis ini adalah sesuatu yang dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadith.

Amat menghairankan apabila datang pemikir liberal melayu memberikan penafsiran semula terhadap ayat al-Quran dan hadith dan menghasilkan pemikiran yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

– Nota: Petikan artikel dari laman ISMAweb.net

Kategori