Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRN Melaka: Netizen Marah...

PETALING JAYA ā€“ Orang ramai yang menyaksikan siaran langsung keputusan Pilihan Raya Negeri...

Pertandingan 4 Penjuru Di...

REMBAU - Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau...

Bayi Terperangkap Di Saluran...

CHINA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Hasrat seorang pelajar sebuah universiti untuk menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya tidak...

Chong Mahu Bertanding Pada...

KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Chong Sin Woon hari ini...

Kenderaan Dirempuh Bas RapidKL Boleh Tuntut Ganti Rugi

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan yang rosak akibat dirempuh sebuah bas henti-henti milik RapidKL di Jalan Ampang di sini, semalam boleh membuat tuntutan ganti rugi.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata pemilik kenderaan berkenaan perlu menghubungi RapidKL di talian 03-7885 2585 untuk proses tuntutan.

ā€œAda beberapa prosedur yang perlu dibuat (oleh pemilik kenderaan) seperti hantar laporan polis. Pihak RapidKL akan bantu menyalurkan maklumat untuk proses tuntutan,ā€ katanya pada sidang media di Depoh Maluri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut insiden itu, beliau berkata pemandu bas laluan Datuk Keramat menuju Ampang Point itu telah berkhidmat sejak dua tahun lepas dan mempunyai rekod yang baik.

ā€œKami tidak dapat pastikan sama ada beliau mempunyai masalah kesihatan atau tidak kerana maklumat terperinci masih belum diperoleh.

ā€œKami (RapidKL) memohon maaf atas kejadian ini dan akan beri kerjasama kepada pihak polis,ā€ katanya sambil menambah pihaknya tidak dapat memastikan sama ada terdapat penumpang atau tidak di dalam bas ketika kejadian.


Ditanya adakah bas berkenaan mempunyai masalah teknikal, Shamsul Rizal berkata pihaknya perlu memeriksa bas itu terlebih dahulu. Mengikut SOP RapidKL, hanya bas yang berada dalam keadaan baik dibenarkan beroperasi.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular dalam media sosial. – BERNAMA

Kategori