Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jadikan Fit Malaysia Sebagai...

ALOR SETAR - Program Fit Malaysia diharap mampu dijadikan budaya dalam kalangan anak...

Dr. Mahathir Tidak Sepatutnya...

KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengeluarkan...

Polis Masih Buntu Kenal...

SHAH ALAM - Polis Selangor mengakui pihaknya sehingga kini masih belum menemukan sebarang...

EAIC Siasat Dakwaan Kejadian...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan berlakunya...

‘Kepala Bapak’ Buat Dewan Rakyat Riuh Lagi

KUALA LUMPUR – Istilah ‘kepala bapak’ sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkataan itu terpacul dari mulut RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) ketika percubaannya untuk mengemukakan soalan tambahan dicelah oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-UMNO Larut).

Hamzah menegur Rayer kerana mengemukakan soalan sama ada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan pelaburan asing ditarik balik dari negara ini kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming.

Hamzah kemudian bangkit dan berkata: “Tadi Timbalan Menteri dah jawab, tiada kena mengena. Apalah Jelutong ni.”

Tindakan Hamzah itu dijawab oleh Rayer: “Sabar dulu, Larut. Nanti saya guna ‘kepala bapak kamu’, susah nanti.”

Kenyataan itu menyebabkan Dewan menjadi kecoh sebelum Hamzah bangun dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(4), dan meminta Rayer menarik balik kenyataan ‘kepala bapak kamu’.

Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meredakan keadaan dan mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan terbabit.

Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen Jelutong itu mengenai amaran yang pernah dikeluarkan sebelum ini berhubung penggunaan istilah berkenaan.

Sebaik Rayer menarik balik perkataannya, Dewan Rakyat kembali kecoh apabila Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-UMNO Lipis) menggunakan perkataan mencarut (merujuk kepada istilah bahagian sulit wanita bergelar ibu).

“Itu saya dengar. Itu sangat tidak sopan. Tolong tarik balik, kalau tidak saya suruh keluar Dewan. Jangan guna perkataan kesat seperti itu di Dewan yang mulia ini,” kata Mohamad Ariff dalam nada tegas.


Abdul Rahman cuba menjelaskan perkataan itu adalah sama dengan tindakan Rayer menyebut ‘kepala bapak kamu’, tetapi Mohamad Ariff tegas dengan pendiriannya.

“Saya suruh tarik balik perkataan kesat itu. Ia lagi dahsyat daripada perkataan ‘kepala bapak kamu’. Ini tak beri apa-apa faedah kepada Dewan yang mulia ini,” katanya.

Abdul Rahman kemudian menarik balik perkataannya tetapi keadaan kembali hiruk-pikuk apabila Rayer berkata ‘padan muka’ kepada Hamzah sebelum Ahli Parlimen Larut itu meminta ia ditarik balik.

Minggu lalu, Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, mengarahkan Rayer menarik balik istilah ‘kepala bapak’ yang digunakannya ketika mencelah penggulungan.

Sementara itu, Kian Ming ketika menjawab soalan tambahan Rayer berkata, pelabur yang membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak menyatakan ketidakselesaan berhubung skandal 1MDB.

“Bagaimanapun, saya yakin tahap ketelusan akan ditingkatkan dan undang-undang dihormati dengan kerajaan baharu ini.

“Keadaan itu akan memberi kesan baik terhadap FDI,” katanya. – BH ONLINE

Kategori