Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

60 Peratus Daerah Zon...

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes harian COVID-19 sejak tengah bulan lalu menyaksikan hampir...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas...

MELAKA - Belum selesai kes kemalangan yang mengorbankan 14 nyawa di Pagoh, Johor...

Tom Cruise Bakal Lamar...

KHABAR angin bertiup kencang di Hollywood mendakwa aktor Tom Cruise bakal melamar kekasihnya,...

Mana Pergi Pemimpin PH...

DARI FB NAJIBKOS asal masa BN: RM55 bilionKos PH: RM44 bilion tapi dipendekkan,...

Jimat RM38.5 Juta Setahun Dengan Bubar SPAD

KUALA LUMPUR – Pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat jimat kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya.

“Sebelum ini, pengerusi SPAD juga diberi elaun besar iaitu mencecah RM25,000 hingga RM30,000 setiap bulan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Rang undang-undang itu yang bertujuan membubarkan SPAD yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) diluluskan sebulat suara setelah dibaca kali ketiga di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Sementara itu, Loke memberi jaminan bahawa kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat.

Jelasnya, terdapat 999 kakitangan suruhanjaya itu secara keseluruhan merangkumi kakitangan tetap, kakitangan kontrak, selain pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad.


“Namun begitu kebanyakan mereka akan diserapkan bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tapi bukan semua kakitangan itu adalah kakitangan penguatkuasaan.

ā€œKebanyakkannya dalam JPJ kita perlukan bahagian penguatkuasaan, maka sesiapa yang terlibat dalam penguatkuasaan di SPAD mereka akan diserapkan dalam JPJ tertakluk kepada kelayakan mereka,ā€ katanya.

Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. – BERNAMA

Kategori