Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Isu Pelajar Kebulur: Tiada...

SEJAK kebelakangan ini, isu mengenai mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu kebuluran dan...

Dulu Berdua Kini Berempat...

KUALA LUMPUR - Membawa anak kecil seawal usia satu tahun ber‘awayday’ menonton perlawanan...

Lelaki Bangladesh Mati Dikelar

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam...

Pendingin Hawa Dan Kipas...

ALOR SETAR - Alat pendingin hawa dan kipas mendapat sambutan orang ramai di...

Kerajaan Johor Mahu Projek RTS Disegerakan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mahu projek Sistem Rapid Transit (RTS) disegerakan pelaksanaannya bagi mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kesesakan di pintu masuk negara berlaku dengan sangat ketara ketika ini, menyebabkannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

“Projek itu (RTS) sebagaimana dinyatakan Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan sebelum ini akan dilaksanakan dan dalam perancangan serta semakan akhir oleh mereka.

Bagaimanapun, kita juga mahukan ia dilaksanakan segera, sebolehnya menjelang pertengahan tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBS) beliau dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Osman berkata beliau difahamkan Unit Perancang Ekonomi sedang memuktamadkan butiran mengenai projek itu dengan syarikat pelaksananya juga sudah dikenal pasti.

RTS yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura melibatkan kos RM4 bilion dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024, sekali gus diyakini dapat mengatasi masalah kesesakan yang sering dialami kedua-dua rakyat di Tambak Johor.

Sementara itu, Osman menjangkakan kesemua barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor selesai membuat pengisytiharan harta mereka kepada beliau dalam tempoh sebulan lagi.


Katanya, selain 11 Exco dan 45 ADUN itu, pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga dihendaki membuat tindakan yang sama dalam tempoh dinyatakan.

“Ketika ini hanya seorang Exco, 10 ADUN kerajaan (Pakatan Harapan) dan dua ADUN pembangkang telah membuat pengisytiharan harta masing-masing.

Itu adalah permulaan kepada Kerajaan PH untuk wujudkan kerajaan yang lebih telus. Ia bukan tindakan populis kerana ia (isytihar harta) telah terkandung (dalam) manifesto kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori